Makna Asbab al-Nuzul

Asbab al-Nuzul ialah perkara yang berlaku dan yang terjadi, dan dengan sebabnya turunnya satu atau beberapa ayat atau satu surah dari al-Quran. Perkara tersebut sama ada satu peristiwa yang berlaku kepada seseorang individu atau kumpulan, sama ada perkara kecil mahun besar, atau kerana soalan yang dilontarkan kepada Nabi SAW, lalu turun beberapa ayat al-Quran bagi menjelaskan jawapan kepada soalan tersebut, atau ayat tersebut berkaitan dengan sesuatu peristiwa, lalu ia mengarahkan umat Islam untuk melakukan sesuatu yang dikehendaki oleh Allah SWT. Justeru Asbab al-Nuzul boleh diertikan sebagai:

“Sesuatu yang menjadi sebab turunnya ayat al-Quran sama ada waktu terjadinya, atau kerana sesuatu peristiwa atau sesuatu persoalan.” (Lihat al-Wajiz fi ‘Ulum al-Kitab al’Aziz oleh DR Muhammad Khazar al-Majaliy, Uni. Al-Urduniyyah. Cetakan Dar al-Tajdid li al-Tiba’ah wa al-Nasr wa al-Tarjamah. Cet: pertama 2003M)

Terdapat 2 sighah periwayatan yang menunjukkan Asbab al-Nuzul atau tidak:

  • Pernyataan Jelas: iaitulah apabila periwayat menyatakan dengan jelas. Ia terbahagi kepada 2:
    • Periwayat berkata: “Sebab turunnya ayat ialah….” Di sini disebut secara jelas sabab nuzul. Namun kategori ini jarang ditemui.
    • Periwayat menyebut sesuatu peristiwa atau soalan yang dilontarkan seterusnya menyebut huruf “ف Ta’qibiyyah iaitulah huruf yang menunjukkan berturutan seperti periwayat berkata: “Berlaku sesuatu peristiwa, lalu (ف) Allah menurunkan ayat…” atau: “Baginda SAW ditanya dengan satu soalan, lalu (ف) turun ayat….”
  • Pernyataan yang memiliki andaian: seperti seorang periwayat berkata: “Ayat ini diturunkan sempena peristiwa berikut…” ibarat ini boleh membawa maksud sabab nuzul, atau ayat mengandungi hعkum tersebut atau ia merupakah tafsir kepada ayat tersebut.

Cetak  
Wallahu a'lam