Masjid Dan Hukum-Hakam Yang Berkaitan Dengannya (1): Pengertian Masjid

 
Para ulama berbeza pandangan dalam memberikan takrifan kepada masjid dari sudut Istilah. Dr. Ibrahim bin Soleh al-Khudhairiy memberi takrifan bagi masjid dari sudut istilah sebagai: 
 
"BINAAN yang diwakafkan, dikhususkan untuk solat fardhu lima waktu dan selainnya."
 
Inilah takrifan yang menjadi pilihan. Di mana Masjid pada istilah hendaklah memiliki binaan. Pemahaman ini berdasarkan penamaan yang diletakkan oleh Allah yang maha agung kepada masjid sebagai al-Bait البيت. Maka hakikat penamaan al-Bait adalah memaksudkan binaan. al-Imam al-Qurtubi ketika menafsirkan firman Allah SWT dalam surah al-Maidah: 28 berkata:
 
"(Firman Allah:) "alBait alHaram"; Allah Subhanah telah menamakannya (masjid alHaram) baitan بيتا, kerana ia memiliki atap dan dinding, dan ia merupakan hakikat sesuatu Bait."

Cetak  
Wallahu a'lam