Masjid dan Hukum-Hakam Yang Berkaitan Dengannya (3): Kenalpasti Apakah Rahbah alMasjid

 
alHafidz Ibn Hajr al'Asqalani di dalam Fath alBari - Kitab alAhkam - Bab Man Qadha Wa La'ana Fi alMasjid menyatakan الرحبة dibaca fathah Ra' dan Ha' jadilah sebutannya alRahabah, merujuk kepada BINAAN YANG BERADA DI HADAPAN PINTU MASJID TANPA TERPISAH DARI MASJID.
 
Beliau nyatakan lagi, terdapat perbezaan pandangan ulama padanya. Yang rajih ialah ia mengambil hukum masjid, sah iktikaf padanya dan setiap yang disyaratkan pada masjid.
 
Namun jika alRahabah itu terpisah drI masjid, maka ia tidak mengambil hukum masjid. alImam alBukhari berkata:
وَكَانَ الْحَسَنُ وَزُرَارَةُ بْنُ أَوْفَى يَقْضِيَانِ فِي الرَّحَبَةِ خَارِجًا مِنْ الْمَسْجِدِ
Maksudnya: "... dan dahulunya alHasan dan Zurarah bin Awfa pernah menjatuhkan hukuman di Rahabah di luar masjid."
 
Kata alHafidz Ibn Hajr: "dan yANg zahir dr himpunan athar ini bahawa yANg dimaksudkan dengan Rahabah di sini ialah (binaan) yang dinisbahkan kepada masjid." Ia berdasarkan athar lain yg menyebut peristiwa itu berlaku di dalam masjid yang sekaligus menunjukkan rahabah yang dimaksudkan adalah (binaan) yang dinisbahkan kepada masjid.

Cetak  
Wallahu a'lam