Bahagian Bawah Dagu Wanita Aurat Ataupun Tidak?

Thursday, October 4, 2012

Soalan:

Adakah dagu wanita termasuk aurat (anggota) yang dilarang memperlihatkannya.. saya ada melihat wanita yang memakai tudung dan menutup dagunya..minta penjelasan wallahua'lam

Jawapan:

Dagu wanita tidak termasuk di dalam aurat. Namun  jika anda maksudkan bahagian bawah dagu wanita, bukan hujung dagu, maka jawapannya, bahagian bawah dagu wanita adalah TERMASUK AURAT yang wajib ditutup. Ini kerana bahagian tersebut tidak termasuk dari batas-batas wajah yang boleh dibuka. al-Syirazi berkata:

والوجه ما بين منابت شعر الرأس إلى الذقن ومنتهى اللحيين طولاً، ومن الأذن إلى الأذن عرضاً

Maksudnya: “Dan wajah itu apa yang ada diantara tempat tumbuh rambut kepala hingga ke dagu dan hujung kedua-dua rahang, secara panjang. Lebarnya pula dari telinga hingga ke telingan satu lagi.”

Kata al-Nawawi di dalam al-Majmu’ ketika memberi komentar kepada perkataan al-Syirazi ini:

هذا الذي ذكره المصنف في حد الوجه هو الصواب الذي عليه الأصحاب ونص عليه الشافعي رحمه الله في الأم

Maksudnya: “Yang disebut oleh penulis (al-Syirazi) tentang batas wajah, ianya benar seperti pandangan al-Ashab, dan telah dinyatakan perkara ini oleh al-Syafie RH di dalam kitabnya al-Umm.”

Berdasarkan kenyataan ini, sekali lagi dinyatakan bahawa bahagian bawah dagu TIDAK TERMASUK WAJAH, oleh kerana itu ia WAJIB DITUTUP.


Cetak  
Wallahu a'lam