Islam Mengharamkan Membela Anjing Sekadar Berseronok (التُرْفَة)

Tidak boleh membela anjing untuk hiburan berdasarkan antaranya hadis daripada Ibn ‘Umar RA yang berkata:

من اقتنى كلباً إلا كلب صيد أو كلب ماشية نقص من عمله كل يوم قيراطان

Maksudnya: “Sesiapa yang membela anjing, melainkan anjing buruan atau menjaga ternakan, pasti berkurangan (pahala) amalannya setiap hari sebanyak dua qirat.” (Muslilm)

Di dalam al-Mausu‘ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah (37/121) dinyatakan:

اتفق الفقهاء على أنه لا يجوز اقتناء الكلب إلا لحاجة: كالصيد والحراسة، وغيرهما من وجوه الانتفاع التي لم ينه الشارع عنها .وقال المالكية: يكره اتخاذه لغير زرع أو ماشية أو صيد، وقال بعضهم بجوازه .وقد ورد عن أبي هريرة عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه قال: من اتخذ كلبا إلا كلب ماشية أو صيد أو زرع أنتقص من أجره كل يوم قيراط. وعن ابن عمر رضي الله عنهما عن النبي صلى الله عليه وسلم قال : « من اقتنى كلبا إلا كلب صيد أو ماشية نقص من أجره كل يوم قيراطان. وأما اقتناؤه لحفظ البيوت فقد قال ابن قدامة: لا يجوز على الأصح للخبر المتقدم، ويحتمل الإباحة .وقال الشافعية: إذا زالت الحاجة التي يجوز اقتناء الكلب لها فإنه يجب زوال اليد عن الكلب بفراغها، وقالوا يجوز تربية الجرو الذي يتوقع تعليمه لذلك .وعند الحنابلة - كما في المغني - أن من اقتنى كلبا لصيد، ثم ترك الصيد مدة، وهو يريد العود إليه، لم يحرم اقتناؤه في مدة تركه، لأن ذلك لا يمكن التحرز منه، وكذلك صاحب الزرع .ولو هلكت ماشيته، فأراد شراء غيرها فله إمساك كلبها لينتفع به في التي يشتريها .وإن اقتنى كلبا لصيد من لا يصيد به، احتمل الجواز، لأن النبي صلى الله عليه وسلم استثنى كلب الصيد مطلقا، واحتمل المنع، لأنه اقتناه لغير حاجة، أشبه غيره من الكلاب. وقال الرحيباني: يحرم اقتناؤه لأمره عليه الصلاة والسلام بقتله، وإذا لم يجز اقتناؤه لم يجز تعليمه، لأن التعليم إنما يجوز مع جواز الإمساك، فيكون التعليم حراما، والحل لا يستفاد من المحرم، ولأنه علل بكونه شيطانا، وما قتله الشيطان لا يباح أكله كالمنخنقة. وتجوز تربية الجرو الصغير لأحد الأمور الثلاثة - في أقوى الوجهين - عند الحنابلة، لأنه قصده لذلك، فيأخذ حكمه، كما يجوز بيع الجحش الصغير الذي لا نفع فيه في الحال لمآله إلى الانتفاع، ولأنه لو لم يتخذ الصغير ما أمكن جعل الكلب كذلك، إذ لا يصير معلما إلا بالتعليم، ولا يمكن تعليمه إلا بتربيته واقتنائه مدة يعلمه فيها

Maksudnya: “Para fuqaha ittifaq tidak boleh membela anjing melainkan jika ada hajah seperti berburu, kawalan dan selainnya dari perkara-perkara yang tidak ditegah oleh syara’. Ulama mazhab Maliki memakruhkan membela anjing selain dari untuk menjaga tanaman, ternakan dan buruan. Namun sebahagian dari mereka ada yang berpandangan harus. Membela anjing untuk menjaga rumah disebut oleh Ibn Qudamah sebagai: “Tidak dibolehkan berdasarkan al-Asah disebabkan khabar yang telah lalu dan boleh juga difahami (ويحتمل الإباحة) sebagai harus.” Ulama mazhab Syafie mengatakan: “Apabila hilang hajah yang mengharuskan membela anjing, maka wajib membebaskan diri darinya dengan hilangnya hajah. Mereka juga berpandangan harus membela anak anjing yang dijangkakan boleh diajar untuk demikian itu.” Ulama mazhab Hambali berkata seperti yang terdapat di dalam al-Mughniy: “Sesiapa yang membela anjing, kemudian tidak berburu beberapa tempoh, sedangkan dia akan kembali berburu, tidak diharamkan dia membela anjing dalam tempoh tersebut kerana perkara itu tidak mungkin dapat dielakkan. Demikian juga peladang. Jika musnah ternakan seseorang itu dan dia mahu membeli ternakan yang lain, dia boleh kekal memiliki anjing menjaga ternakannya untuk dia mengambil manfaat dengan anjing tersebut pada ternakan yang akan dibelinya.”


Cetak  
Wallahu a'lam