Keharusan Membela Anjing Ketika Ada Keperluan Dan Hukum Unit Anjing Pengesan

Terdapat beberapa hadis yang membenarkan memelihara anjing ketika ada hajah atau keperluan. Sebahagiannya telah dinyatakan sebelum ini. Kata Imam al-Haramain RH:

جواز اقتناء الكلب الضّاري (الصيد)؛ فإن الحاجة ماسّة ولا يسد مسد الكلب في ظهور منفعته وخفة مؤنته شيء

Maksudnya: “Harus memelihara anjing buruan, kerana keperluan yang mendesak. Ia juga tidak dihalang seperti anjang lain kerana zahirnya manfaat dan sedikit perbelanjaannya.“ (Nihayah al-Matlab Fi Dirayah al-Mazhab 5/498)

Kata al-Mawardi RH

وهذا كما قال. لا يجوز اقتناء الكلب إلا أن يكون منتفعا به فيجوز اقتناؤه. وقال أبو حنيفة: يجوز اقتناؤه بكل حال وإن لم يكن منتفعا به

Maksudnya: “Demikianlah seperti yang beliau katakan, tidak boleh membela anjing melainkan untuk diambil manfaat dengannya, maka ketika itu ia harus. Berkata Abu Hanifah: Harus membela anjing dalam setiap keadaan, sekalipun bukan tujuan mengambil manfaat dengannya.” (al-Hawi al-Kabir 5/377)

Ulama mazhab Maliki berpandangan harus membela anjing bagi setiap keperluan yang jelas. Mereka berkata:

ويجوز اقتناء الكلب للمنافع كلها ودفع المضار ولو في غير البادية

Maksudnya: “Dan harus membela anjing untuk manfaat-manfaat semuanya dan untuk menolak kemudharatan sekalipun bukan di padang pasir (pendalaman).” (Manh al-Jalil Syarh Mukhtasar Khalil 4/453)

Demikian juga pandangan para ulama Hambali, kata mereka:

إن الكلب الذي يحرس الإنسان يجوز اقتناؤه؛ لأنه إذا كان اقتناء الكلب لحراسة الماشية جائزاً فحراسة الإنسان أولى وأحرى، كذلك إذا كان اقتناء الكلب للصيد جائزاً ـ والصيد ليس أمراً ضرورياً؛ لأن الإنسان بإمكانه أن يعيش بدون صيد ـ فإن اقتناءه للأمور الضرورية من باب أولى

Maksudnya: “Sesungguhnya anjing yang menjaga manusia harus memeliharanya, kerana apabila memelihara anjing untuk menjaga ternakan suatu yang harus, maka untuk memelihara manusia lebih utama. Demikian juga apabila memelihara anjing untuk memburu juga adalah harus sedangkan memburu bukan satu perkara yang mesti, kerana manusia boleh hidup tanpa memburu, maka memelihara anjing untuk perkara dharuriah adalah lebih utama.” (al-Syarh al-Mumti’ ‘Ala Zad al-Mustaqni’ 10/143)

Qiyas Untuk Unit Anjing Pengesan

Para fuqaha sepakat tidak boleh memelihara anjing melainkan apabila ada keperluan (لحاجة), seperti untuk berburu, anjing pengawal dan seumpamanya bagi tujuan kemanfaatan yang dibenarkan oleh syarak. (Hasyiah Ibn ‘Abidin 5/134, Hasyiah Qalyubi 2/157 dan al-Syarh al-Kabir Ma‘a al-Mughniy 4/14)

Justeru Unit Anjing Pengesan lebih penting berbanding anjing berburu, maka min bab al-Awla untuk dikatakan Unit Anjing Pengesan dibenarkan di dalam syarak.

al-Syeikh Dr. Husamuddin ‘Ifanah, pensyarah Fiqh dan Usulnya di kuliah dakwah dan usuluddin, Uni. al-Quds, ketika memberi komentar berkaitan penggunaan anjing penunjuk jalan untuk orang buta berkata:

وأجاز جماعة من أهل العلم بيع الكلاب التي ينتفع بها ككلاب الحراسة والصيد ويلحق بها في زماننا الكلاب التي تقتفي الأثر والتي تستعمل في تعقب آثار المجرمين والكشف عن المخدرات ونحوها فيجوز بيع هذه الكلاب، وهذا قول أبي حنيفة ومالك في رواية عنه وبه قال عطاء وإبراهيم النخعي. وعليه، فيظهر لنا أنه لا حرج في اقتنائه إذا تحقق فيه وجود هذه المصلحة وهي قيادة الأعمى وإعانته لأداء مَهماته

Maksudnya:  “Sekumpulan ulama mengharuskan menjual aning-anjing yang boleh diambil manfaat dengannya seperti anjing-anjing pengawal dan anjing-anjing buruan. Dan dapat disamakan di zaman kita ini anjing-anjing pengesan bagi kes-kes jenayah pengedaran dadah dan seumpamanya. Maka harus menjual anjing-anjing ini. Inilah pandangan Abu Hanifah, Malik dalam salah satu riwayat daripada beliau. Pandangan inilah yang dinyatakan oleh ‘Atha’ dan Ibrahim al-Nakha‘ie. Maka jelas kepada kita bahawa tidak mengapa memelihara anjing jika benar-benar telah dipastikan wujud maslahah iaitulah sebagai pembimbing dan pembantu orang buta melaksanakan tugas-tugas hariannya.” (Fiqh al-Tajir al-Muslim, hal. 206 dan Syarh Muslim oleh al-Nawawi 4/179)

al-‘Imrani mendakwa inilah juga pandangan al-Imam al-Syafi‘ie RH. Beliau berkata:

فرعٌ: اقتناء الكلب: ويجوز اقتناء الكلب للصيد وحفظ الماشية والزرع؛ لما روى أبو هريرة - رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ -: أن النبي - عَلَيْهِ الصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ - قال: «من اقتنى كلبًا إلا كلبَ صيد، أو ماشية أو زرع نقص من أجره كل يوم قيراطان. وهل يجوز اقتناؤه لحفظ الدروب والدكاكين؟ فيه وجهان

أحدهمايجوزُ؛ لأنّ الشافعي - رَحِمَهُ اللَّهُ - قال: (لا يجوز اقتناؤه إلا لصاحب حرث، أو صيد، أو ماشية، أو ما كان في معناها، ولأنّه اقتناه لحفظ مالٍ، فأشبه الماشية والزرع.

والثاني: لا يجوز؛ لأنّ النبي - عَلَيْهِ الصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ - خصّ الأشياء الثلاثة، فدلّ على: أنّه لا يجوز اقتناؤه لأجل غيرها...

Maksudnya: “apakah boleh memelihara anjing untuk menjaga jalan-jalan dan kedai-kedai? Terdapat dua wajah: Salah satunya: harus, kerana al-Syafie RH berkata: “Tidak boleh memelihara anjing melainkan untuk pemilik ladang,  pemburu atau pemilik haiwan ternak atau apa-apa yang semakna dengannya, kerana anjing itu dipelihara untuk menjaga harta, maka ia sama dengan menjaga ternakan dan tanaman.” (al-Bayan Fi Mazhab al-Syafie oleh Abi al-Husain Yahya bin Abi al-Khair bin Salim al-‘Imrani al-Syafie al-Yamani W558H, hal. 5/53-54, cetakan Dar al-Minhaj)

Di dalam Majallah al-Buhuth al-Islamiyyah 88/290 dinyatakan:

الحديث الثالث: حديث أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال: رسول الله - ﷺ - «من أمسك كلبا فإنه ينقص كل يوم من عمله قيراط إلا كلب حرث أو ماشية. قال ابن سيرين، وأبو صالح: عن أبي هريرة عن النبي - ﷺ - «إلا كلب غنم أو حرث أو صيد، وقال أبو حازم عن أبي هريرة عن النبي ﷺ: «كلب صيد أو ماشية

ذكر الحافظ في ثنايا ما يستنبط من هذا الحديث ما يشهد لقاعدة: «تقديم المصلحة الراجحة على المفسدة الخفيفة» فقال: «فيه ترجيح المصلحة الراجحة على المفسدة، لوقوع استثناء ما ينتفع به مما حرم اتخاذه.

وما ذكره الحافظ ظاهر وهو أن استثناء اتخاذ كلب الماشية والصيد والحرث مع ما فيه من المفسدة، لكنها احتملت لمصلحة أرجح، وهي حاجة الناس إلى هذا النوع من الكلاب؛ لكي ينتفعوا بها في الحراسة والصيد. 

وقد يقاس على المنصوص ما تدعو الحاجة إلى اتخاذه مثل الكلاب البوليسية المدربة في الوقت الحاضر، لما فيها من المنفعة، قال الحافظ ابن عبد البر (٤٦٣ هـ): «ويدخل في معنى الصيد وغيره مما ذكر اتخاذها لجلب المنافع ودفع المضار قياسا» وقال الحافظ ابن حجر: «والأصح عند الشافعية إباحة اتخاذ الكلاب لحفظ الدرب إلحاقا للمنصوص بما في معناه كما أشار إليه ابن عبد البر.

Maksudnya: “Dan kadang-kala dikiaskan atas yang dinaskan apa-apa yang memiliki hajah menggunakannya seperti anjing-anjing polis terlatih pada masa kini, kerana memiliki manfaat. Berkata al-Hafidz Ibn ‘Abd al-Barr: Dan termasuk dalam makna berburu dan selainnya apa-apa yang digunakan untuk mendapatkan manfaat-manfaat dan menolak mudharat, sebagai satu qiyas. Berkata al-Hafidz Ibn Hajar: Dan yang Asah di sisi ulama mazhab Syafie, adalah harus menggunakan anjing untuk menjaga jalan sebagai mengqiyaskan kepada yang dinaskan dengan apa-apa yang semakna seperti mana yang diisyaratkan oleh Ibn ‘Abd al-Barr.” (al-Mabhath al-Thani: Taqdim al-Maslahah al-Rajihah ‘Ala al-Mafsadah a;-Khafifah 286-293)


Cetak  
Wallahu a'lam