Huraian Fiqh Sunnah: Sunat Khutbah Mengandungi Hamd Allah Taala, al-Thana’ Ke Atas Rasulullah SAW, Peringatan dan Bacaan al-Quran

Sunat Khutbah Mengandungi Hamd Allah Taala, al-Thana’ Ke Atas Rasulullah SAW, Peringatan dan Bacaan al-Quran

Huraian

Memulakan khutbah Jumaat dengan al-Hamd termasuk dalam perkara yang tidak pernah ditinggalkan oleh Nabi SAW. Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah dalam Majmu’ al-Fatawa 22/393 menyatakan tidak pernah dinukilkan oleh seorangpun dari kalangan sahabat, baginda Nabi SAW pernah memulakan khutbah dengan selain dari al-Hamd, sama ada pada khutbah hari raya, al-Istisqa atau lainnya.

            Imam Muslim meriwayatkan daripada Jabir bin ‘Abdillah RA yang berkata: كانَتْ خُطْبَةُ النَّبِيِّ ﷺ يَوْمَ الجُمُعَةِ يَحْمَدُ اللهَ، ويُثْنِي عَلَيْهِ maksudnya: “Sentiasa khutbah Nabi SAW pada hari Jumaat (dimulakan) dengan baginda memuji dan memuja Allah.”

            Para fuqaha berbeza pandangan tentang hukum al-Hamd di permulaan khutbah. Ulama mazhab Syafi’e dan Hambali berpandangan memulakan khutbah Jumaat dengan al-Hamd adalah salah satu rukun khutbah Jumaat. Ulama mazhab Syafi’e mensyaratkan hendaklah dengan kalilmah الحمد dengan disertai Lafz al-Jalalah iaitulah الله, seperti إن الحمد لله atau الحمد لله atau أحمد الله dan seumpamanya. Tidak memadai dengan: أشكر الله، أو أثني عليه، أو الحمد للرحمن atau seumpamanya. Ungkapan ini rukun dalam kedua-dua khutbah Jumaat di sisi ulama mazhab Syafi’e.

            Dalil para ulama yang mewajibkan ungkapan al-Hamd dalam khutbah Jumaat antaranya disebabkan terdapat beberapa hadis yang menunjukkan baginda sentiasa melazimi dan tidak pernah meninggalkannya. Imam Muslim meriwayatkan daripada Jabir bin ‘Abdillah RA yang berkata:

كانت خطبته صلى الله عليه وسلم يوم الجمعة يحمد الله ويثني عليه بما هو أهله, وقال أحمد: لم يزل الناس يخطبون بالثناء على الله والصلاة على رسوله صلى الله عليه وسلم

Maksudnya: “Khutbah baginda SAW pada hari Jumaat adalah dimulakan dengan memuji dan memuja Allah yang sememangnya layak menerima pujian dan pujaan.” Ibn Qasim dalam al-Ihkam Syarh Usul al-Ahkam 1/447 menukillan perkataan Imam Ahmad yang berkata:

لم يزل الناس يخطبون بالثناء على الله والصلاة على رسول الله – - ﷺ - لأن كل عبادة افتقرت إلى ذكر الله تعالى افتقرت إلى ذكر رسوله – - ﷺ - كالأذان وذكره مع ذكر ربه هو الشهادة له بالرسالة

Maksudnya: “Setiasalah orang ramai memulakan khutbah dengan ungkapan pujaan kepada Allah dan selawat ke atas Rasulullah SAW. Ini kerana setiap ibadah memerlukan zikrullah taala dan menyebut rasul-Nya seperti azan yang terdapat sebutan nama baginda beserta sebutan tuhannya, iaitulah penyaksian kerasulan baginda.”

al-Imam al-Nawawi dan Ibn Qudamah RH menyatakan mazhab Syafie dan Hambali, kedua-duanya menjadikan rukun pertama bagi khutbah Jumaat adalah dengan ungkapan al-Hamd ini.

Zahir perkataan Syed Sabiq untuk bab ini menunjukkan al-Hamd, demikian juga al-Thana ke atas Rasulullah iaitulah berselawat dan mengungkapkan penyaksian akan kerasulan baginda, memberi peringatan dan membaca ayat al-Quran tidak termasuk perkara wajib atau rukun khutbah Jumaat di sisi beliau, sebaliknya semua perkara ini adalah sunat. Pandangan beliau ini bertepatan dengan pandangan beberapa ulama antaranya ulama mazhab Hanafi dan mazhab Maliki. Kata al-Imam al-Nawawi RH dalam al-Majmu’ 4/522:

(فرع) في مذاهب العلماء في أقل ما يجزئ في الخطبة قد ذكرنا أن أركانها عندنا خمسة، وبه قال أحمد. وقال الأوزاعي وإسحاق وأبو ثور وابن القاسم المالكي وأبو يوسف ومحمد وداود: الواجب ما يقع عليه اسم الخطبة. وقال أبو حنيفة: يكفيه أن يقول: سبحان الله أو بسم الله أو الله أكبر أو نحو ذلك من الأذكار، وقال ابن عبد الحكم المالكي: إن هلل أو سبح أجزأه      

Maksudnya: “Berkaitan mazhab ulama tentang apa yang dapat menjadikan khutbah Jumaat itu sah. Telah kami nyatakan bahawa rukun khutbah Jumaat di sisi kami (ulama mazhab Syafi’e) adalah lima, dan inilah yang dikatakan juga oleh Ahmad. Manakala kata al-Auzai‘e, Ishak, Abu Thur, Ibn al-Qasim al-Maliki, Abu Yusuf, Muhammad dan Abu Daud: “Yang wajib ialah apa-apa yang dapat dinamakan ia khutbah.” Kata Abu Hanifah: “Memadai dengan berkata: “Subhanallah atau bismillah atau Allahu Akbar atau seumpamanya terdiri dari zikir-zikir kepada Allah.” Kata Ibn ‘Abd al-Hakam al-Maliki: “Jika diungkapkan tahlil atau tasbih telah memadai.”

Kata Syed Sabiq RH:

فعن أبي هريرة رضي الله عنه عن النبي ﷺ قال: (كل كلام لا يبدأ فيه بالحمد لله فهو أجذم  رواه أبو داود وأحمد بمعناه. وفي رواية (الخطبة التي ليس فيها شهادة كاليد الجذماء) رواه أحمد وأبو داود والترمذي، وقال (تشهد) بدل (شهادة). وعن ابن مسعود رضي الله عنه أن النبي ﷺ كان إذا تشهد قال: (الحمد لله نستعينه ونستغفره ونعوذ بالله من شرور أنفسنا. من يهد الله فلا مضل له، ومن يضلل فلا هادي له. وأشهد أن لا إله إلا الله وأشهد أن محمدا عبده ورسوله أرسله بالحق بشيرا بين يدي الساعة. من يطع الله تعالى ورسوله فقد رشد، ومن يعصهما فإنه لا يضر إلا نفسه ولا يضر الله تعالى شيئا). عن ابن شهاب  أنه سئل عن تشهد النبي صلى الله عليه وسلم يوم الجمعة فذكر نحوه وقال: ومن يعصهما فقد غوى. رواهما أبو داود.

Maksudnya: ‘Daripada Abu Hurairah RA, daripada Nabi SAW yang bersabda: ‘Setiap percakapan yang tidak dimulai dengan pujuan kepada Allah, maka perkapan itu ajzam.” Riwayat Abu Daud dan Ahmad secara makna. Dalam riwayat lain: “Khutbah yang tiada di dalamnya syahadah adalah seperti tangan jazma’.” Riwayat Ahmad, Abu Daud dan alTirmizi, beliau (al-Tirmizi) juga berkata (lafaz) tasyahud ganti kepada (lafaz) syahadah. Daripada Abi Mas‘ud RA bahawa Nabi SAW apabila bertasyahhud, baginda akan berkata: اَلْحَمْدُ لِلَّهِ نَسْتَعِيْنُهُ وَنَسْتَغْفِرُهُ وَنَعُوْذُ بِاللهِ مِنْ شُرُوْرِ أَنْفُسِنَا، مَنْ يَهْدِ اللهُ فَلَا مُضِلَّ لَهُ، وَمَنْ يُضْلِلْ فَلَا هَادِيَ لَهُ. وَأشهد أن لا إله إلا الله وأشهد أن محمدا عبده ورسوله أَرْسَلَهُ بِالْحَقِّ بَشِيْرًا بَيْنَ يَدَيْ السَّاعَة. مَنْ يُطِعِ اللهَ تَعَالَى وَرَسُوْلَهُ فَقَدْ رَشَد، وَمَنْ يَعْصِهِمَا فَإِنَّهُ لَا يَضُرُّ إَلَّا نَفْسَهُ وَلَا يَضُرُّ اللهَ تعالى شَيْئًا Daripada Ibn Syihab yang pernah ditanya tentang tasyahud Nabi SAW pada hari Jumaat. Beliau menyebut tasyahud yang seumpama dengan yang ini dan menyebut: وَمَنْ يَعْصِهِمَا فَقَدْ غَوَى kedua-duanya diriwayatkan oleh Abu Daud.

 

Huraian:

Termasuk dalam sunnah Nabi SAW, memulaikan khutbah dengan ungkapan pujian dan pujaan kepada Allah SWT. Syed Sabiq menyebut hadis Abu Hurairah ini di sini sebagai dalil sunat memulakan khutbah dengan ungkapan al-Hamd atau pujian kepada Allah SWT. al-Imam Ibn al-Qayyim dalam Zad al-Ma‘ad 1/179 menyatakan: “Dahulunya Nabi SAW tidak berkhutbah melainkan baginda akan memulakan khutbah tersebut dengan pujian kepada Allah.” Kata Ibn Rejab dalam Fath al-Bari 8/267: خطبة النبي صلى الله عليه وسلم كانت تشتمل على حمد الله والثناء عليه بما هو أهله، وعلى الشهادة لله بالتوحيد، ولمحمد بالرسالة maksudnya: “Khutbah Nabi SAW dahulunya mengandungi pujian dan pujaan kepada Allah yang sememangnya layak untuk dipuji dan dipuja, demikian juga ungkapan penyaksian ketauhidan kepada Allah dan kerasulan Nabi Muhammad.”

Para ulama menyatakan percakapan yang tidak dimulakan dengan ungkapan pujian dan pujaan kepada Allah adalah percakapan yang dicabut keberkatan darinya.

Riwayat hadis yang menyebut: الخطبة التي ليس فيها شهادة كاليد الجذماء yang bermaksud: “Khutbah yang tiada di dalamnya syahadah adalah seperti tangan jazma’,” di mana “tangan jazma’,” bermaksud tangan yang terpotong yang tidak dapat diambil faedah oleh tuannya. Manakala ungkapan “syahadah”, jika dituturkan tanpa sebarang kaitan (disebut secara mutlaq), dimaksudkan kepada penyaksian ketauhidan kepada Allah Taala dan kerasulan Nabi SAW iaitulah ungkapan dua kalimah syahadah. Kemudian ia digunakan bagi merujuk kepada setiap ungkapan pemujaan dan pujian kepada Allah. (lihat Faidh al-Qadir 5/24)

Memulakan khutbah dengan ungkapan pujian dan pujaan kepada Allah menurut sighah diriwayatkan daripada Nabi SAW ini dinamakan sebagai Khutbah al-Hajah (خطبة الحاجة). Ia adalah sebaik-baik ungkapan pujian dan pujaan kepada Allah sebelum memulakan khutbah atau percakapan lainnya seperti sebelum memulakan akad nikah, di permulaan majlis ilmu, ceramah hatta di pendahuluan buku seperti yang dilakukan oleh para ulama terhadap kitab mereka.

Khutbah al-Hajah ini adalah pendahuluan sebelum memulakan perkara yang hendak disampaikan. Imam Muslim meriwayatkan hadis Jabir yang berkata:

كانَ رَسُولُ اللهِ -ﷺ- إذا خَطَبَ احْمَرَّتْ عَيْناهُ، وعَلاَ صَوْتُهُ، واشْتَدَّ غَضَبُهُ، حَتّى كَأنّهُ مُنْذِرُ جَيْشٍ، يقُولُ: صَبَّحَكُمْ ومسّاكُمْ، ويَقُولُ: أمّا بعْدُ، فَإنَّ خَيْرَ الحَدِيثِ كِتابُ اللهِ، وخَيْرَ الهَدْيِ هَدْيُ مُحَمَّدٍ، وشَرَّ الأُمُورِ مُحْدَثاتُها، وكُلَّ بِدْعَةٍ ضلاَلَةٍ

maksudnya: “Dahulunya Rasulullah SAW apabila berkhutbah dalam keadaan merah kedua mata, tinggi suara dan sangat bersungguh menyampaikannya. Baginda akan berkata: “berikan perhatian pada waktu pagi dan petang kamu semua dari serangan musuh.” Baginda juga menyebut: أمّا بعْدُ، فَإنَّ خَيْرَ الحَدِيثِ كِتابُ اللهِ، وخَيْرَ الهَدْيِ هَدْيُ مُحَمَّدٍ، وشَرَّ الأُمُورِ مُحْدَثاتُها، وكُلَّ بِدْعَةٍ ضلاَلَةٍ.”

Ungkapan Amma Ba’d (أم بعد), di sisi sebahagian ulama adalah Fasl al-Khitab (فصل الخطاب)  yang dimaksudkan dalam firman Allah SWT: وآتَيْناهُ الحِكْمَةَ وفَصْلَ الخِطابِ maksudnya: “dan Kami kurniakan kepadanya (Nabi Daud AS) kebijaksanaan (kenabian dan ilmu yang luas) dan Fasl al-Khitab (sebahagian ulama mengatakan ia memaksudkan kepada kebijaksanaan dalam menjalan dan menjatuhkan hukuman).” (Sad: 20)

Ungkapan ini berperanan memisahkan antara ungkapan pujian dan pemujaan kepada Allah dengan persoalan lain yang hendak disampaikan. Manakala kalimah هدي dengan dibaris dhammah huruf Ha’ dan fathah huruf Dal (هُدَى) bermaksud petunjuk dan bimbingan (الدلالة والإرشاد). Jika dibaris fathah huruf Ha’ dan sukun huruf Dal (هَدْي), ia bermaksud jalan terbaik adalah jalan Nabi Muhammad. (Lihat Taudhih al-Ahkam Min Bulugh al-Maram 2/576)


Cetak  
Wallahu a'lam