SDI 0825: Boleh Tunai Jumaat di Surau Taman?

 
Soalan: 
Assalamu alaikum.. ustaz. Soalan, jika sebuah surau di perumahan taman sudah menjadi rutin mengamalkan solat 5 waktu berjemaah, boleh ka di surau mengerjakan solat jumaat brjemaah?
Kerana, ada salah seorang kakitangan jabatan agama mengatakan; salah dalam syarak jika mendirikn solat jumaat di surau. Dan juga salah dalam pentadbiran.
Boleh ustaz jelaskan kemuykilan kami di pihak surau ini? Kerana buat masa ini masjid kami belum ada, dan yg ada pun jauh dalam 3-4km. Dan penduduk taman ini dah mlebihi 2000 orang.
 
Jawapan:
Ulama mazhab yang empat agak ringan dalam membicarakan tempat dibolehkan didirikan Jumaat. Hanya mazhab Abu Hanifah yang mensyaratkan kena ada pemerintah yang berkuasa melaksanakan hukum-hakam. Mazhab Syafi'ie tidak mensyaratkannya, memadai dengan ia dilaksanakan di kawasan penempatan. Mazhab Maliki juga lebih kurang demikian. Mazhab Hambali lebih ringan sehingga jumaat boleh didirikan di padang-padang pasir dan penempatan khemah yang kebiasaannya bersifat sementara.
 
Perkara seperti ini, seseorang muslim tidak boleh berkeras dan mahu kehendak dia diikuti. Sebaliknya urusan seperti ini, jika pihak berkuasa ada meletakkan peraturan tertentu seperti tidak dibolehkan didirikan Jumaat melainkan mesti mendapat keizinan terlebih dahulu. Maka WAJIB ke atas umat Islam mematuhi peraturan tersebut. Perbuatan melanggar peraturan seperti ini adalah satu dosa, terutamanya peraturan seperti ini memiliki maslahah yang rajihah yang amat jelas. Jika dibiarkan setiap pihak berhak mendirikan jumaat tanpa kawalan, ia pasti akan mendedahkan kepada persaingan yang tidak sihat, kepuakan, label-melabel, perpecahan dan lain-lain lagi yang sudah tentu menyalahi tujuan asal pensyariatan solat Jumaat, iaitulah mewujudkan perhimpunan dan penyatuan umat Islam.

Cetak  
Wallahu a'lam