SDI 0824: Tak Puasa Kerana Sakit Setelah Mendapat Pengesahan Doktor Non Muslim

 
Soalan: 
Assalamualaikum ustaz,,maaf bertanya,,tentang puasa,,seorang yang mengalami gastrik,,doktor bagitahu yg dia xbleh puasa,,dan dia xpernah puasa di bulan ramadhan,,tetapi dia bleh lakukan kerja2 rmah seperti menyapu sampah dll,,dan dia hanya akan membayar fidyah semua puasa yang ditinggalkan dan xpernah ganti,,,bagaimana tu ustaz..mohon pencerahan..terima kasih.
 
Jawapan
Waalaikumussalam warahmatullah.
 
1. Pengesahan tak boleh puasa diambil dari doktor yang benar-benar boleh dipercayai. Sebahagian ulama tidak mensyaratkan mesti Doktor itu seorang muslim, memadai jika dia seorang doktor yang dikenali bercakap benar dan amanah sekalipun seorang non-muslim. Pandangan ini dipilih oleh beberapa ulama semasa, antara mereka alSyeikh Ibn 'Uthaimin RH kerana banyak bukti yang menyokong pandangan ini.
 
Justeru seseorg boleh menerima perakuan seorang doktor pakar sama ada muslim ataupun tidak yang diketahui bercakap benar dan amanah, yang mengesahkan puasa akan mendatangkan mudharat kepadanya disebabkan sakit yang dialami.
 
2. Jika telah dikenal-pasti puasa akan mendatangkan mudharat kepada seseorang, sakit itu pula tiada harapan sempuh, maka wajib dia mengeluarkan fidyah sebagai ganti puasanya. Semata-mata boleh melakukan kerja rumah tidak menghalang dia dari boleh berbuka disebabkan sakit tersebut.
 

Cetak  
Wallahu a'lam