Soalan:
Apakah jemaah umrah juga kena buat tawaf wada’ sebelum meninggalkan Mekah
Jawapan:
Tawaf Wada’ bagi jemaah haji berdasarkan pandangan majoriti ulama ialah wajib, sebelum mereka meninggalkan Mekah. Inilah pandangan ulama mazhab Hanafi, Syafie pada al-Azhar dan ulama Hambali.
Manakala tawaf wada’ bagi umrah, tidak wajib di sisi keempat-empat mazhab iaitulah pandangan al-Masyhur di sisi ulama Hanafi, pandangan ulama Maliki, Syafie dan Hambali. Alasan adalah kerana tidak diriwayatkan daripada Nabi SAW yang ada melakukan tawaf wada’ dalam ibadah umrah baginda.