SDI 0929: Bagaimana Rupanya alQassah alBaidhaa' Yg Menjadi Tanda Suci Drpd Haid

Soalan:
Aslm ust nk tanya qassatul baida' nikan ada tak para ulama' terangkan sama ada sifat dia spt cecair putih y jernih/ putih pekat mcm wadi?

Atau kedua2 dianggap qassatul baida'?

Jawapan:

Seseorg wanita dpt mengenalpasti dia suci drpd haid dgn 2 tanda:

1. Dgn kekeringan (jika dilapkan dgn kain putih, tiada lagi kesan darah melainkan bersih)
2. Dgn melihat alQassah alBaidha' (القصة البيضاء), dan menyusul slps itu kekeringan iaitu kering atau bersih dr darah.

Ada beberapa tafsiran ttg alQassah alBaidha'. Hal ini berlaku disebabkan berbagai pengakuan dr para wanita yg dipercayai kpd para fuqaha'. Ini menunjukkan ada perbezaan apa yg dilihat berkaitan alQassah alBaidhaa di kalangan wanita.

Sbahagian ulama fiqh menyebut alQassah itu ialah air putih bergel spt mani (mani lelaki). Ada yg kata ia spt 'ajin (tepung yg diuli). alZaila'ie menyebut ia spt benang putih yg keluar sbg tanda suci drpd haid.


Cetak  
Wallahu a'lam