SDI 1241: Bila Harta Pusaka Kembali ke Baitulmal?

Soalan: 
assalamu'alaikum ustaz. bukankah memang ada hukum harta peninggalan akan kembali kepada baitul mal seperti yang asiah abd jalil sebutkan? 
 
Jawapan:
Ya ada, itupun bukan satu perkara yang disepakati di kalangan ulama. Isunya timbul apabila seseorang yang meninggal dunia tidak mempunyai waris yang akan mewarisi harta pusakanya. Maka kepada siapa harta itu dikembalikan. 
 
Golongan yang tidak berperaturan hidup, apa yang mereka tahu tentang perkara ini? Baik dan buruk pada mereka hanya menurut akal mereka yang berputar belit.
 
Bagi menanggapi persoalan arwah yang tiada ahli waris, ahli waris itu pula bukan anak sahaja seperti yang disangka oleh makcik asiah abd jalil. Tetapi ahli waris termasuklah jika lelaki, bapa, tok wan dan ke atas, anak lelaki, cucu lelaki dari anak lelaki dan ke bawah, adik beradik lelaki sepak-semak, adik beradik lelaki sepak.... dan seterusnya... jika waris wanita termasuklah mak, nenek dan ke atas, anak perempuan, cucu perempuan dari anak lelaki... dan seterusnya. 
Sebab tu saya kata dakwaan makcik asiah abd jalil kononnya seorang perempuan meninggal dunia tak ada anak terus diberi kepada baitulmal adalah kenyataan yang berniat jahat atau sememangnya dia jahil. 
 
Kenapa saya kata demikian? Ini kerana jika wanita itu ada 'asabah, maka semua hartanya diserahkan kepada 'asabahnya. jika sememangnya wanita itu tidak memiliki seorangpun dari kalangan individu yang berhak mewarisi hartanya, atau tiada 'asabah yang masih hidup, maka situasi ini yang menimbulkan perbezaan pendapat di kalangan ulama, secara ringkasnya:
 
1. Harta tersebut diserahkan kepada Zawil Arham (BUKAN kepada baitulmal). Inilah pandangan ulama mazhab Hanafi dan Hambali. 
 
2. Harta tersebut kembali kepada baitulmal: Inilah pandangan ulama mazhab Maliki dan Syafi'ie.
 
Sekalipun demikian, ulama mutaakhirin dari kedua-dua mazhab Maliki dan Syafi'ie meletakkan syarat harta itu boleh diserahkan kepada baitulmal jika baitulmal itu bersistematik, terbukti baik dalam pengurusan hartanya dan dikembalikan harta kepada golongan yang berhak dalam negara. Jika tidak harta peninggalan tersebut diserahkan juga kepada Zawil Arham. Ini bagi arwah yang tidak memiliki ahli waris (bukan semata-mata anak sahaja) dan memiliiki Zawil Arham. Jika arwah tidak memilik Zawil Arham, maka kesemua ulama sepakat dikembalikan harta kepada baitulmal dengan syarat yang sama hendaklah baitulmal itu diurus dengan baik. Jika tidak, maka harta tersebut dikembalikan untuk kepentingan umat Islam keseluruhannya. 
 
Sebab itu saya sebutkan dalam SDI 1240 yang lalu, tak perlukan istinbath baru, sebab hukumnya dah sempurna. 
 
Moral: Bukan syarat mesti hidup di zaman roket untuk anda jadi seorang yang cerdik dan berani. Kerana betapa banyaknya hari ini orang yang tak cerdik dan penakut, tapi perasan cerdik dan berani.

Cetak  
Wallahu a'lam