SDI 1268: Pembahagian Faraid Untuk Isteri, Dua Orang Anak Lelaki Dan Perempuan

Soalan:

Ustaz, maaf ganggu ...

ade soalan berkenaan pembahagian wang faraid:
01. seorg lelaki meninggal (tiada ayah&ibu)
02. meninggalkan sejumlah wang, cth: sebanyak 100,000.00
03. seorg isteri, 2 anak lelaki dan 2 anak perempuan
04. bagaimana pembahagian wang berkenaan
05. maaf sebab masih gagal memahami bab faraid ini 😞

Jawapan:

Jika sememangnya itu sahaja waris yang ada, maka bahagian faraid adalah seperti berikut:

- Isteri dapat 1/8.
- Bakinya diambil oleh anak lelaki dan anak perempuan sebagai ta'sib di mana Anak lelaki dapat dua bahagian yang diperolehi oleh anak perempuan.

Caranya bahagikan 100K kepada 48 bahagian. Hasilnya:

- Isteri ambil 6 bahagian.
- Anak lelaki 14 bahagian setiap seorang.
- Anak perempuan 7 bahagian setiap seorg.


Cetak  
Wallahu a'lam