SDI 0422: Ibu Meninggal Dunia, Bagaimana Pembahagian Hartanya?

Soalan:

Salam ustaz. Saya nk tanya soalan tentang faraid,. Kalau seorg ibu meninggal, hartanya perlu dibahagikan juga atau bagaimana? Kalau perlu di bahagikan berapa bahagian untuk 3 anak lelaki dan 1 anak perempuan? Jazakallah khairan ustaz.

Jawapan: YA, perlu dibahagikan mengikut hukum-hakam faraid. Saya nasihatkan saudari merujuk persoalan ini di Makkamah Syari'ah Negeri yg bertanggungjawab dalam pembahagian faraid. Di bawah panduan yg dpt saya berikan secara umum:

  1. Jika siibu hanya meninggalkan 3 org anak lelaki dan seorg anak perempuan. Tiada waris yg lain lagi. Maka pembahagian semua hartanya adlh kepada anak2nya tersebut secara seorang anak lelaki mendapat 2 bahagian seorg anak perempuan. Dlm kes ini harta ibu dibahagikan kpd 7 bahagian. Anak perempuan yg seorg itu mengambil 1 bahagian. Manakala 3 anak lelaki lain mengambil 2 bahagian setiap seorg.

  2. Jika ibu meninggalkan anak2 dan suami. Maka semua hartanya diwarisi oleh suami dan anak2nya tersebut. Jika ada Waris yg lain, mereka tidak berhak mewarisi apa2. Melainkan jika ayah ibu atau emak ibu masih hidup. Ataupun datuk ibu masih hidup dan ayah ibu tlh meninggal. Ataupun nenek ibu masih hidup dan emak ibu tlh meninggal. Pembahagiannya adlh spt berikut:
    • Yg ada hanya suami dan anak2. Maka suami dpt 1/4 (satu perempat) berdasarkan ayat alQuran surah alNisaa': 12. Baki yg ada dibahagikan kpd anak2, seorg anak lelaki mendpt 2 bahagian seorg anak perempuan.
    • Jika emak dan ayah ibu masih hidup. Suami juga masih hidup. Maka utk suami 1/4, utk emak dan ayah ibu, setiap mereka mendpt 1/6. Bakinya utk anak2, seorg lelaki mendpt 2 bahagian utk 1 perempuan.
    • Jika datuk dan nenek ibu masih hidup. Manakala emak dan ayah ibu telah meninggal. Maka nenek dan datuk mengambil bahagian emak dan ayah. Semua pembahagian ini dilakukan setelah diselesaikan kos urusan jenazah, kain kafan, hutang dan wasiat.

Apapun, spt yg saya jelaskan di awal. Sila rujuk ke mahkamah syariah utk penentuan yg lebih tepat.


Cetak  
Wallahu a'lam