SDI 0334: Hukum Jual-Beli Selepas Azan Ketika Imam Telah Duduk di Atas Mimbar

Soalan: 

salam, tuan, adakah boleh wanita berjual beli smasa jumaat...? dan adakah pengharaman jual beli itu hanya utk lelaki shaja...? bagaimana pula jika wanita yg jual dan pembeli dari kalangan lelaki ..? mohon ustz berikan pendapat.

Jawapan:

1) Haram jual-beli setelah dilaungkan azan yang menyusul selepasnya khutbah.

Pengharaman ini adalah ijma' seperti yang dinyatakan di dalam alMausu'ah alFiqhiyyah alKuwaitiyyah 9/225.

Larangan itu hanya kepada mereka yang diwajibkan Jumaat. Manakala yang tidak diwajibkan Jumaat seperti wanita, orang musafir, orang sakit dan kanak-kanak, tidak dihalang kepada mereka untuk berjual-beli.

2) Jika salah seorg yg berjual-beli dr kalangan mereka yg tidak diwajibkan Jumaat. Manakala yg seorg lagi diwajibkan Jumaat. Ibn Qudamah menyatakan makruh org yg tidak diwajibkan Jumaat berurusan jual-beli dgn org yg diwajibkan Jumaat. Beliau juga berkata boleh difahami haram juga ke atas mereka krn firman Allah:

وَلا تَعَاوَنُوا عَلَى الإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ

Maksudnya: "dan jangan kamu semua bertolong-menolong dlm perbuatan dosa dan permusuhan." (Nukilan scr ringkas dr alMughniy 2/145)


Cetak  
Wallahu a'lam