Sedekahkan pendapatan dari youtube menurut nisbah iklan yang tak patuh syariah di channel

 

Wa‘alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh.

Soalan dari saudara Meor Muhammad Iqbal yang bertanya: “kebanyakan website mempunyai iklan yang menjadikan wanita yang tidak menutup aurat sebagai model. Niat saya nak share mengenai sesuatu info yang berguna tetapi terdapat juga iklan tersebut. Adakah juga dikira berdosa jika share?”

Jawapan:

Kalau sekadar nak share, kita nak share sesuatu maklumat yang bermanfaat, maka kita ukur, kita timbang antara manfaat dengan mafsadah (kerossakan) iaitulah antara kebaikan, manfaat dengan kerosakan yang bakal diterima. Pertimbangannya, jika manfaat tu lebih besar, maka perkara itu dilakukan, terutamanya jika mafsadah yang ada terlampau minimum. Tak ada masalah perkara itu.

Adapun bagi orang-orang yang mengambil keuntungan dari iklan-iklan di internet, saya dengar fatwa daripada as-Syeikh Muhammad al-Hasan Wulida al-Dadu الشيخ محمد الحسن ولد الددو dia nasihatkan orang-orang yang mengambil atau membuat pendapatan sebagai youtuber dan seumpamanya, as-Syeikh Muhammad al-Hasan Wulida al-Dadu dia minta supaya disedekahkan hasil dari keuntungan itu menurut kadar kerosakan yang ada dalam iklan-iklan di YouTube itu. Katakankan dia buat channel Youtube, dia sedekahkan menurut nisbah kadar iklan-iklan yang tidak patuh Syariah yang ada di dalam channelnya. Itu yang saya dengar sendiri fatwa daripada as-Syeikh Muhammad al-Hasan Wulida al-Dadu yang disebarkan di YouTube.


Cetak  
Wallahu a'lam