SDI 1577: Hukum Dropship Platform Shopee

Soalan:

Assalamualaikum ustaz.

Disini saya ingin bertanya. Bagaimana pula jika seseorang dropshipper yg sah kepada sesebuah syarikat, menjual barangan syarikat melalui platform shopee.?

Situasinya seperti ini :

1. Apabila pelanggan membeli barangan dari kedai maya si dropshipper, duit yg dibayar oleh pelanggan, akn dipegang dulu oleh pihak shopee.

2.Kemudian dropshipper akan maklumkan kepada syarikat bahawa terdapat satu order.

3. Seterusnya dropshipper akan membayar kepada syarikat terlebih dahulu nilai barang itu ditolak keuntungan beberapa peratus sbg upah menjadi wakil penjual.

4. Kemudian syarikat akan mengepos barang kepada pelanggan.

5. Setelah barang sampai kepada pelanggan, barulah pihak shopee akn membenarkan wang di klaim oleh dropshipper.

6. Wang yang diklaim akan dimasukkan ke dalam akaun dropshipper dalam tempoh 3 hari.

Bagaimana situasi perniagaan dengan cara ini? Adakah sah di sisi syarak? Sekian terima kasih. Jazakallah Khaira..


Jawapan:

Dropshipper seperti yang ditanya dalam soalan adalah gambaran kepada akad al-Wakalah bi Ujrah (menjadj wakil dengan bayaran upah). Ada juga gambaran akad Murabahah. Cumanya pembeli tidak mengetahui keuntungan yang diambil oleh dropshipper.

Jual-beli shopee yang berlaku dalam bentuk harga barangan diketahui umum dan termeterai kesepakatan antara kedua belah pihak. Ia juga memenuhi tujuan syarat-syarat dalam akad jual-beli, iaitu; menghapuskan kejahilan, menghalang berlaku penipuan, dan mengelak konflik.

Oleh itu, jual-beli shopee yang tiada penipuan, kesamaran dan berjalan sesuai dengan peraturan dan undang-undang yang mengawal urus niaga tersebut adalah harus.


Cetak  
Wallahu a'lam