SDI 0468: Adakah Perancangan Keluarga dibenarkan dalam Islam?

Soalan:

Assalamualaikum Ustaz Kadir. Maaf saya ada soalan lagi. Adakah perancangan keluarga dibenarkan dalam Islam? Selain sebab kesihatan, apakah sebab-sebab lain yang dibolehkan untuk menjarakkan kehamilan?

TIDAK BOLEH merancang kelahiran tanpa sebarang alasan yang dibenarkan syara'. Demikian juga TIDAK BOLEH merancang kelahiran anak kerana bimbangkan kemiskinan. Ini kerana Allah SWT lah Tuhan Pemberi rezeki, tiada sesuatu hidupan melainkan Allah lah yang memberi rezeki kepadanya.

Adapun jika menjarakkan kehamilan disebabkan alasan yang dibenarkan, TIDAK MENGAPA. Antara alasan-alasan tersebut ialah:

  1. Kelahiran awal melalui pembedahan
  2. Kerana sesuatu maslahah yang dilihat oleh pasangan suami isteri. Hal ini berdasarkan hadis Sahih tentang keharusan al'Azal (keluarkan air benih di luar faraj).
  3. Jika kehamilan mengganggu kesihatan ibu. Itupun setelah diperakui oleh seorang Doktor Muslim yang dipercayai.
  4. Wajib menghalang kehamilan jika terdapat kemudharatan yang telah dipastikan akan berlaku.

Cetak  
Wallahu a'lam