SDI 0793: Isteri Dalam Iddah Talaq Raj'ie Wajib Nafkah Atas Suami

 
Soalan: 
Saya baru shj melafazkan cerai di mahkamah. Ketika itu isteri saya dlm keadaan suci. Wajibkah nafkah saya beri kpd isteri saya? Sampai bila?
 
Jawapan:
1. Ya, wajib saudara beri nafkah kepada isteri selama tempoh iddah. Ini kerana wanita yang masih berada dalam tempoh iddah masih isteri kepada suaminya. Jika berlaku rujuk dalam tempoh iddah tersebut, alhamdulillah. Jika tidak berlaku rujuk sehingga habis tempoh iddah, berlakulah furqah (pemisahan), bukan lagi suami isteri. Dalam keadaan ini siisteri sepatutnya tiada lagi hak untuk membuat tuntutan nafkah iddah.
 
2. Iddah talaq raj'ie adalah selama 3 kali suci. Iddah isteri saudara bermula pada tempoh suci yang berlaku talaq. Kiraan iddah isteri saudara adalah seperti berikut:
- Suci yang tidak disetubuhi, yang berlaku talaq padanya = suci pertama.
- Setelah itu datang haid = haid pertama.
- Setelah itu suci = suci kedua.
- Setelah itu datang haid = haid kedua.
- Setelah itu datang suci = suci ketiga.
- Setelah itu datang haid = haid ketiga. Bermula haid ketiga, jika tidak berlaku rujuk maka dia bukan lagi isteri tuan. Tamat kewajipan nafkah ke atas tuan kepadanya dan hendaklah bekas isteri tuan meninggalkan rumah agar tidak tinggal sebumbung lagi.

Cetak  
Wallahu a'lam