SDI 0752: Apakah Dalil Boleh Poligami Tanpa Memberitahu Isteri

 
Soalan: 
 
Persoalan: Apakah dalil membolehkan suami berkahwin lagi satu tanpa memberitahu isteri yg pertama? Kita ada seorg jemaah, pelajar sunnah, yg hampir hancur hidupnya setelah mengetahui dia mempunyai madu. Adakah 'adil itu hanya pada pembahagian malam dan nafkah? Kita tahu apabila wanita bermadu mereka akan berusaha untuk memikat suami dgn layan yg baik. Apakah 'adil apabila isteri pertama tidak mengetahui bahawa dia mempunyai persaingan?
 
Jawapan:
 
AlQuran membenarkan seorang lelaki berkahwin lebih dari satu. Jadinya ASAL hukum adalah boleh seorang lelaki bermadu sehingga empat jika mampu berlaku adil. Sesiapa yang nak letakkan syarat mesti kena bagitau isteri sebelum bermadu, maka dia yang kena datangkan dalil. Keberadaan seorang yang belajar sunnah hampir musnah hidup kerana suami berpoligami, mendesak kita supaya menilai semula, barangkali disebabkan ada kekurangan dalam pengajaran sunnah kita. Terutamanya pengajaran akidah yang sebahagian besar kelas-kelas akidah sunnah menumpukan perbahasan asmaa' dan sifaat, yang bukanlah isu utama akidah pada nisbah masyarakat awam negara kita.
 
Selain itu, kefahaman puan tersebut, usaha pikat suami hanya bila dimadukan adalah salah. Pikat suami adalah salah satu ciri-ciri wanita yang disuruh kita cari sebagai isteri. Kerelaan memikat suami oleh seorang wanita menunjukkan dia seorang wanita wadud seperti yang dinyatakan oleh Nabi SAW dalam hadis:
 
تزوجوا الودود الولود
 
Maksudnya: "Kahwinilah oleh kamu akan wanita yg alWadud dan alWalud..." (Abu Daud dan alNasa'ie. Dinilai Sahih oleh alAlbani dalam Adab alZifaf) alWadud seperti yang dinyatakan oleh 'Abd al'Azim Abadiy iaitulah wanita yang menyintai suaminya ('Aun alMa'bud 6/3).
 
AlSyeikh alRajihiy ketika mensyarahkan maksud alWadud berkata:
 
المتحببة إلى زوجها المحبوبة بكثرة خصال الخير عليها...
 
Iaitulah wanita yang menjadikan dirinya dicintai oleh suaminya (pandai memikat suami), dia dicintai oleh suami disebabkan banyak ciri-ciri kebaikan yang ada padanya..." (Lihat al-Ifham Fi Syarh Bulugh alMaram)
 

Cetak  
Wallahu a'lam