SDI 0696: Kedudukan Ta'liq Cerai Yang Dahulu Jika Berlaku Talak Kemudian Ruju' Dalam Tempoh Iddah

Soalan:  

Aslm.ustaz,mohon penjelasan,suami pernah taklik saya pada tahun 2016,namun tiada pelanggaran taklik yang saya buat.pada tahun 2017,suami telah menceraikan saya dgn talak 1(lafaz soreh).kami rujuk dalam iddah.adakah lafaz taklik yang dulu terbatal?

Jawapan: 

Berdasarkan pandangan yang lebih kuat. Lafaz ta'liq bergantung kepada niat suami. Inilah pandangan syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah RH. Jika suami niatkan cerai maka ia jadi cerai ta'liq. Jika suami niatkan satu ancaman maka ia jadi seperti satu sumpah. 

Lafaz ta'liq tersebut tidak terbatal dengan berlaku cerai dengan sebab yang lain dan rujuk yang berlaku di dalam tempoh iddah. Rujuk yang berlaku dalam tempuh iddah tidak membatalkan ta'liq yang terdahulu. Ini kerana dalam tempoh iddah tersebut, puan masih dikira sebagai isteri kepada suami puan. Hal ini telah disepakati oleh para fuqaha. 

Saya buatkan huraian tambahan di sini:

Namun para ulama berbeza pandangan. Jika iddah telah tamat maka berlaku Ba'in Sughra. Setelah itu sisuami rujuk semua isterinya dengan akad dan mahar yang baharu. Sebagai contoh seorang suami berkata kepada isterinya:

"Jika kamu keluar dari rumah tanpa izin dariku, maka jatuh talaq."

Setelah itu, siisteri tidak keluar rumah tanpa izin dari suaminya. Namun sisuami telah mentalakkan pula isterinya dengan sebab lain. Sehingga tamat tempoh iddah, setelah itu siauami rujuk semula isterinya tersebut dengan akad yang baharu. Persoalannya apakah berlaku cerai ta'liq jika siisteri keluar rumah tanpa keizinan suaminya kerana ta'liq yang terdahulu?

Ada dua pandangan ulama:

1) Ta'liq cerai yang terdahulu TERBATAL dengan akad yang baharu tersebut. Inilah pandangan para ulama dalam mazhab alSyafi'ie (Lihat Syarh alMinhaj bersama Hasyiah Qalyubi wa 'Umairah 3/336. Lihat juga Mughniy alMuhtaj 4/476) Inilah juga pandangan yang dipilih oleh alSyeikh Ibn 'Uthaimin RH. 

2) Ta'liq cerai tersebut TIDAK TERBATAL. Inilah pandangan ulama mazhab Hanafi, Maliki dan Hambali, dan ia marjuh di sisi Ibn 'Uthaimin RH.


Cetak  
Wallahu a'lam