SDI 0686: Tidak Pasti Niat Cerai Atau Tidak

 
Soalan: 
 
Aslm.ustaz,maaf ganggu lagi.hanya mohon kepastian.dulu2 suami ada selalu cakap, "senang kita buat haluan masing2" Adakah itu dkira lafaz cerai. Bila sy tanya suami,ada niat x,dia cakap xpasti.x ingat...apa yang perlu sy buat ye ustaz? 
 
Jawapan: 
 
Wa'alaikumussalam warahmatullah. 
 
Tidak perlu buat apa-apa, hanya perbaiki diri dan hubungan dengan suami. Buangkan sikap angkuh, degil dan besar diri. Ingat! ketaatan kepada suami adalah suatu pahala yang tersimpan dengan baik di sisi Allah SWT. Anda dengan suami masih dikira pasangan suami isteri. Ini kerana ikatan perkahwinan antara anda dengan suami adalah suatu yang pasti ada, manakala pelerai ikatan tersebut pula (talak) suatu yang tidak pasti dalam situasi anda dengan suami. 
 
Justeru, kaedah menyatakan:
اليقين لا يزول بالشك
"Suatu yang pasti, tidak gugur dengan adanya suatu yang syak"
 

Cetak  
Wallahu a'lam