SDI 0599: Hukum Poligami Dengan Sepupu Isteri

Soalan: 
 
Assalamualaikum ustaz.
seseorang itu berkahwin dengan sepupu isteri sebagai isteri yang kedua.Adalah syarak membolehkannya? 
 
Jawapan: 
 
Wa'alaikumusslam warahmatullah. 
 
Ya, Syara' MEMBENARKANNYA. Di bawah ini saya buatkan huraian ringkas: 
 
Sebahagian ulama mengHARUSkan seorang lelaki berkahwin dengan wanita yang ada hubungan pupu dengan isterinya, iaitulah anak perempuan kepada bapa saudara atau emak saudara isteri, sama ada sebelah bapa atau sebelah ibu isteri. Keharusan ini berdasarkan ketiadaan nas sama ada dari alQuran ataupun alSunnah yang melarang. 
 
Manakala sebahagian ulama lain berpandangan MAKRUH, kerana melihat ia bakal menatijahkan terputus hubungan keluarga. Imam Ibn Qudamah alMaqdisi di dalam kitabnya alMughniy berkata: 
 
"Dan tidak diharamkan menghimpun (berkahwin) antara dua wanita (ada hubungan pupu) pada pandangan keseluruhan ulama, disebabkan tiada nas larangan. Demikian juga ia termasuk di dalam keumuman firman Allah Taala: "dan dihalalkan untuk kamu semua (untuk berkahwin) selain daripada itu" ini kerana seorang sepupu halal berkahwin dengan sepupunya yang seorang lagi jika salah seorang daripada mereka lelaki. Pada hukum Makruh terdapat dua riwayat: Satu: Makruh. Kedua: Tidak Makruh, kerana tiada antara mereka berdua hubungan Qarabah yang diharam dari dihimpunkan, maka ia tidak membawa kepada hukum makruh, sama seperti qarabah-qarabah lain."
 

Cetak  
Wallahu a'lam