SDI 1589: Hukum Seorang Muslim Mengahwinkan Pasangan Bukan Muslim

Soalan: 

Saya melihat video YB Saifuddin Nasution mengahwinkan pasangan bukan Islam. Bolehkah perkara itu dilakukan?

Jawapan: 

Assalamualaikum warahmatullah

Asasnya, secara asasnya keempat-empat mazhab melarang seseorang muslim menjadi Wali kepada pernikahan bukan muslim. Hatta seorang ayah yang memeluk Islam tidak boleh menjadi Wali kepada anaknya yang kafir. Itu hukum asal, keempat-empat mazhab berpandangan sedemikian, kerana orang Islam tidak boleh menjadi Wali kepada orang yang bukan Islam. itu tentang Wali. Wallahu ta'ala a'lam, namun di situ ada pengecualian, pertamanya pengecualian bagi seseorang pemerintah yang menikahkan ataupun menjadi Wali kepada perkahwinan rakyatnya yang tak ada wali. Jadi dalam peruntukan sebagai seorang pemerintah, seorang pemimpin, sudah tentulah dia pemimpin kepada rakyat yang Muslim dan bukan muslim. Jadi rakyat yang bukan muslim yang tidak ada Wali dalam pernikahan mereka, maka dalam status itu, seorang pemimpin Muslim boleh menjadi Wali kepada pernikahan pasangan bukan Islam. Itu pertama. 

Kedua, dia ada satu perkara lagi yang disebut sebagai mulaqqin yang barangkali kita boleh sebut sebagai pendaftar nikah kut, lebih kurang begitu. Kalau dia sebagai mulaqqin, dia hanya melafazkan ungkapan di hadapan Wali kepada pengantin perempuan yang bukan muslim, wali dia pun bukan muslim, dia hanya  mengungkapkan, kerana dia memiliki kuasa untuk mendaftar pernikahan. Jika itu situasinya, Maka para ulama meletakkan syarat. Secara ringkasnya syarat pernikahan itu Mestilah tidak bertentangan dengan syariat. Sebagai contoh seorang wanita itu bukan adik kepada lelaki yang nak mengahwini dia, dan bukan di dalam 'iddah, dan ada lah syarat-syarat lain yang di letak oleh para fuqaha, yang penting dia mesti tidak bertentangan dengan pernikahan yang ada di dalam Syariat Islam, kerana kalau dia seorang muslim itu menjadi mulaqqin atau pendaftar nikah yang menyalahi syarak, tak bolehlah, sebagai contoh lelaki kafir nak berkahwin dengan wanita yang kafir isteri orang, itu tak bolehlah seorang lelaki muslim tu mendaftarkan pernikahan yang menyalahi syarak. Jadi ada syarat yang diletakkan oleh fuqaha. Wallahu Taala A'lam. Itu jawapan saya secara umum, saya tak tahu situasi sebenar Saifuddin menikahkan pasangan bukan Islam tu apa situasi dia, kita tak tahu, Wallahu alam, perlu kepada penjelasan untuk diletakkan keputusan hukum.


Cetak  
Wallahu a'lam