SDI 1029: Hukum Abang Kedua Jadi Wali Nikah

Soalan:

salam ustaz. apa hukum abang kedua jadi wali nikah sedangkan abg pertaman masih ada

Jawapan:

Nikah tersebut SAH. Hanya dari sudut afdhal mendahulukan yang lebih tua. Kata Ibn Qudamah:

إذا استوى الأولياء في الدرجة كالإخوة وبنيهم والأعمام وبنيهم فالأولى تقديم أكبرهم وأفضلهم لأن النبي صلى الله عليه وسلم لما تقدم إليه محيصة وحويصة وعبد الرحمن بن سهل فتكلم عبد الرحمن بن سهل وكان أصغرهم فقال النبي صلى الله عليه وسلم : كبر كبر. أي قدم الأكبر قدم الأكبر فتكلم حويصة، وإن تشاحوا ولم يقدموا الأكبر أقرع بينهم؛ لأن حقهم استوى في القرابة، وقد كان النبي صلى الله عليه وسلم إذا أراد السفر أقرع بين نسائه لتساوي حقوقهن كذا ههنا.

maksudnya: "Apabila para wali sama darjat (sama kedudukan) seperti adik-beradik dan anak-anak mereka, bapa saudara dan anak-anak mereka. Maka yang utama mendahulukan yang lebih tua dan lebih utama... jika para wali berbalah maka lakukan undian kerana hak mereka sama..."


Cetak  
Wallahu a'lam