SDI 1009: Bagaimana Hukum Wanita Dicerai Oleh Suaminya Sebaik Sahaja Diijab-kabulkan?

Soalan:

Ust SDI 1005 tu sama dgn wanita yg dicerai hidup?

Jawapan:

TAK SAMA.

Wanita yg dicerai hidup atau diceraikan slps akad sblm bersama berbeza dgn wanita kematian suami slpd akad dan sblm bersama.

Wanita yg diceraikan slps akad sebelum bersama dan sebelum berdua2an, TIADA IDDAH, berdasarkan firman Allah dlm surah alAhzab: 49:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا إِذَا نَكَحْتُمُ الْمُؤْمِنَاتِ ثُمَّ طَلَّقْتُمُوهُنَّ مِنْ قَبْلِ أَنْ تَمَسُّوهُنَّ فَمَا لَكُمْ عَلَيْهِنَّ مِنْ عِدَّةٍ تَعْتَدُّونَهَا فَمَتِّعُوهُنَّ وَسَرِّحُوهُنَّ سَرَاحًا جَمِيلا

Maksudnya: "Wahai org2 yg beriman apabila kamu menikahi wanita2 beriman, kemudian kamu menceraikan mereka sebelum bersama mereka, maka tiada ke atas mereka dr iddah yg perlu kamu hitungkannya, namun berilah kpd mereka mut'ah dan lepaskan mereka dgn cara yg sebaik2nya."

Wanita itu juga berhak mendapat separuh mahar yg dinyatakan di dlm akad. Ia berdasarkan firman Allah SWT di dlm surah alBaqarah: 237:

وَإِنْ طَلَّقْتُمُوهُنَّ مِنْ قَبْلِ أَنْ تَمَسُّوهُنَّ وَقَدْ فَرَضْتُمْ لَهُنَّ فَرِيضَةً فَنِصْفُ مَا فَرَضْتُمْ إِلَّا أَنْ يَعْفُونَ أَوْ يَعْفُوَ الَّذِي بِيَدِهِ عُقْدَةُ النِّكَاحِ ۚ وَأَنْ تَعْفُوا أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ ۚ وَلَا تَنْسَوُا الْفَضْلَ بَيْنَكُمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ

Maksudnya: "Dan jika kamu menceraikan mereka sebelum kamu sentuh (campuri), padahal kamu sudah menentukan Maharnya, maka (bayarlah) setengah dari yang telah kamu tentukan, kecuali jika mereka (membebaskan) atau dibebaskan oleh orang yang akad nikah ada di tangannya. Pembebasan itu lebih dekat kepada takwa. Dan janganlah kamu lupa kebaikan di antara kamu. Sungguh, Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan."

Jika belum dinyatakan maharnya, maka wanita tersebut berhak mendapat mut'ah (suatu bentuk pemberian) menurut kemampuan lelaki, berdasarkan firman Allah SWT dlm surah alBaqarah: 236:

لَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ إِنْ طَلَّقْتُمُ النِّسَاءَ مَا لَمْ تَمَسُّوهُنَّ أَوْ تَفْرِضُوا لَهُنَّ فَرِيضَةً ۚ وَمَتِّعُوهُنَّ عَلَى الْمُوسِعِ قَدَرُهُ وَعَلَى الْمُقْتِرِ قَدَرُهُ مَتَاعًا بِالْمَعْرُوفِ ۖ حَقًّا عَلَى الْمُحْسِنِينَ

Maksudnya: "Tidak ada dosa bagimu, jika kamu menceraikan istri-istri kamu yang belum kamu sentuh (campuri) atau belum kamu tentukan maharnya. Dan hendaklah kamu beri mereka mut‘ah, bagi yang mampu menurut kemampuannya dan bagi yang tidak mampu menurut kesanggupannya, yaitu pemberian dengan cara yang patut, yang merupakan kewajiban bagi orang-orang yang berbuat kebaikan."

Jika wanita itu bercerai mati sebaik shj akad nikah dan sblm bersama. Selain dia perlu beriddah selama 4 bulan 10 hari (spt jawapan dlm SDI 1005), dia berhak mendapat mahar keseluruhan. Jika mahar tidak ditetapkan atau tak disebut dgn jelas ketika akad, dia berhak mendapat mahar mithil. Selain itu dia juga berhak mendapat harta pusaka dari suaminya yg meninggal itu.

Dalam sebuah hadis drpd 'Alqamah drpd Ibn Mas'ud RA yg pernah ditanya ttg seorg lelaki yg berkahwin dgn seorg perempuan dan belum menetapkan mahar dan belum bersama (belum bersetubuh), dan lelaki itu meninggal dunia. Jawab Ibn Mas'ud RA:

لها مثل صداق نسائها , لا وكس ولا شطط , وعليها العدة , ولها الميراث

Maksudnya: "Wanita itu berhak mahar mithil, tidak kurang dan tidak lebih, dia juga perlu beriddah (kematian suami) dan dia berhak mendapat pewarisan harta pusaka."

Lalu bangun berdiri Ma'qal bin Sinan alAsyja'ie berkata: "Rasulullah SAW pernah memutuskan hukuman pd Barwa' binti Wasyiq (بروع بنت واشق) -seorg wanita dr kalangan kami- sama seperti yg engkau putuskan ini. Lalu Ibn Mas'ud gembira mendengar pernyataan itu." (Riwayat Abu Daud 2114, alTirmizi 1145, alNasa'ie 3355 dan Ibn Majah 1891. Dinilah Sahih oleh alAlbani di dlm Irwa' alGhalil 1939)


Cetak  
Wallahu a'lam