SDI 0992: Slps Nikah Orang Kata Saksi Nikah Saya Fasiq

Soalan:

Apa hukum perkahwinan yg diragui keadilan saksi semasa akad. Ceritanya begini.... saya baru shj berkahwin. Tiba2 ada org kata saksi perkahwinan saya hari tu adlh org fasiq. Apa hukum perkahwinan saya tu? Perlu akad yg baru?

Jawapan:

Perkahwinan saudara SAH tanpa ragu dan tak perlu akad yg baharu. Ada beberapa sebab saya kata sedemikian:

1. Menimbulkan syak kpd org Islam adalah kerja2 org yg buruk akhlak dan busuk hatinya. Perkahwinan yg disaksikan oleh 2 org saksi yg adil spt yg disyaratkan oleh majoriti ulama adalah adil pada zahirnya iaitulah saksi yg kita tidak ketahui jahatnya, memadai dgn seorg muslim biasa. Jika terserlah kefasiqan saksi slps akad berlangsung maka ia tidak memveri kesan kpd akad tersebut. Kata Imam Ibn Qudamah:

"Adapun dua org fasiq: maka pada saksian mereka ada dua riwayat. 1) tidak termeterai akad nikah tersebut. Inilah mazhab Syafi'ie. 2) termeterai akad tersebut dgn penyaksian mereka. Inilah pandangan Abu Hanifah. Kedua2 riwayat ini bukan memaksudkan hakikah alAdalah, bahkan termeterai akai nikah dgn penyaksian org (muslim) yg tak diketahui halnya. Ini kerana nikah berlaku di bandar dan kampung dan dlm kalangan org ramai dr kalangan mereka yg tidak diketahui keadilannya secara sebenarnya. Maka mengambil kira hakikat keadilan mereka suatu yg sukar. Memadai dgn zahir keadaan mereka dan keadaan saksi yg tersembunyi keadilannya lagi tidak zahir kefasikannya." (alMughniy 7/9)

Kata beliau lagi:

"Jika terserlah slps akad saksi adlh seorg fasiq, tidak memberi kesan kpd akad. Krn syarat adil itu ada (ketika akad) iaitulah tidak zahir kefasiqannya, dia ia telah dipenuhi ketika akad..." (alMughniy 7/10)

2. Selain itu juga sbhagian ulama ada yg beranggapan 2 saksi itu bukan syarat. Bahkan memadai dgn berlakunya kenduri yg berfungsi sbg mengiklan dan mewar2kan perkahwinan, sekaligus telah mengambil peranan 2 saksi tersebut. Tidak mensyaratkan wali dlm akad ini adalah pandangan alZuhri dan Imam Malik. Pandangan ini juga merupakan pilihan Syeikh alIslam Ibn Taimiyyah RH dan ditarjihkan oleh Ibn 'Uthaimin RH.

Kata Ibn Taimiyyah: "Tidak diragukan lagi pada nikah bersama iklan adalah sah. Sekalipun tidak disaksikan oleh dua org saksi." (alIkhtiyarat alFiqhiyyah 177)

Ini kerana tujuan mewujudkan saksi pd akad nikah ialah memaksudkan pemberitahuan dan iklan agar perkahwinan itu terzahir dan diketahui oleh org ramai, dan ia terhasil dgn apa2 juga yg biasa dilakukan spt memberi makan krn perkahwinan, menjemput org ramai hadir sbgai tambahan dr 2 saksi, atau memukul gendang sehingga diketahui oleh org ramai. (Lihat alMausu'ah alFiqhiyyah 5/48)


Cetak  
Wallahu a'lam