SDI 0440: Talak Terpaksa

Soalan:

Assalamualaikum Ustaz, berikut adalah persoalan yg saya mohon bantuan Ustaz menjawab segera.

  1. Ahmad teman saya telah menikah isteri ke 2 tanpa izin dan pengetahuan isteri tua dan anak-anak.
    Setelah 2 tahun, isteri pertama dan anak-anak dapat tahu. Mereka mengamuk.Mereka telah menangkap Ahmad dan mengacu pisau keleher beliau sambil bilang, kalau mahu selamat, ceraikan isteri muda dgn talak 3. ketika itu juga. Semasa itu isteri muda tiada bersama.
              Tanpa niat, atas paksaan ancaman bunuh, beliau telah melafazkan cerai talak 3 utk isteri muda. Beliau memaklumkan kpd isteri muda.isteri muda menerima takdir dgn tenang. Tapi Ahmad tidak tenang. Beliau konsultasi dgn Ust Ust. Mereka bilang cerai itu sah tapi talak tidak jatuh 3 tapi cuma 1. Selepas itu atas nasihat Ust Ust Ahmad rujuk semula kpd isteri muda tanpa tahu isteri pertama dan anak-anak. Keadaan tenang utk 2 tahun.

  2. Beberapa minggu kebelakangan ini isteri pertama dan anak-anak dapat tahu. Isteri pertama marah-marah dan anak-anak tidak lagi menyebelahi ibu mereka.
    Kegawatan baru mula timbul...bila isteri pertama bilang...dia pernah bersumpah janji dgn suami dia Ahmad...waktu dlm keadaan marah-marah semasa Ahmad melafaz cerai utk isteri muda dulu...beliau telah melafazkan ucapan sumpah...jika si suami kembali kpd isteri muda....maka jatuh lah talak diantara Ahmad dgn isteri pertamanya. Tetapi Ahmad mengaku tidak pernah dengar dan setuju dgn sumpah isteri pertamanya itu. Skrg anak=anak sudah tidak ikut campur. Ahmad binggung.

Persoalannya.

  1. Jatuhkah talak 3 utk isteri muda yg lafazkan semasa nyawa Ahmad dihujung pisau?
  2. Jatuhkah talak dgn isteri pertama atas fasar sumpah isteri...jika kamu rujuk kpd isteri muda maka...jatuhlah talak diantara kita..Isteri pertama berkata Ahmad setuju dgn sumpah tersebut semasa dlm keadaan dia diancam bunuh oleh anak-anak atas pengaruh ibu. Ahmad menafikan pernah berbuat demikian.

Ahmad binggung dan mohon penjelasan sesiapa yg arif dlm bab cerai semasa nyawa terancam. Yang tahu dan arif dlm bab cerai paksaan tolong beri pandangan.Perhatian yg Arif Arif Hukum Cerai Paksa saja amat diharapkan.Harap maklum, terima kasih. Teman ana tak mahu hilang kedua-dua isteri. Isteri tua ada beberapa orang anak. Isteri ke 2 anugerah Allah. Ust. Tolong bagi pencerahan.

JAWAPAN:

Kedua-dua cerai TIDAK JATUH.

1) Cerai pertama talak 3 tidak jatuh kerana dalam keadaan terpaksa berdasarkan hadis:

إن الله تجاوز عن أمتي الخطأ والنسيان وما استكرهوا عليه

Maksudnya: "Sesungguhnya Allah telah memaafkan dari ummatku apa-apa yg berlaku kerana tersalah, terlupa dan apa-apa dipaksa melakukannya." (HR Ibn Majah dan alBaihaqi)

2) Cerai yg kedua juga tidak jatuh keraan isteri pertamanya tidak memiliki sebarang kuasa talak.


Cetak  
Wallahu a'lam