SDI 0927: Betulkah Tak Boleh Menyusukan Anak Ketika Hamil?

Soalan:

Ustaz, benarkah ada larangan seorg ibu yg hamil dlm masa yg sama menyusukan anak? Kata org susu tu sepatutnya makanan anak dlm kandungan.

Jawapan:

Tegahan menyusukan anak ketika hamil itu disebut di dlm hadis sebagai alGhilah الغيلة. Apa yg anda dengar itu mungkin dr individu yg mendapat maklumat tidak lengkap.

alGhilah merupakan anggapan org Arab terutamanya Arab Hijaz di zaman Nabi SAW. alImam alNawawi menyatakan org Arab tidak menyukai perbuatan menyusukan anak ketika ibu hamil. Mereka beranggapan susu tersebut merupakan racun dan akan berusaha menjauhinya.

Di peringkat awal, Nabi SAW berhasrat melarang alGhilah ini, namun stlh itu membatalkan hasrat baginda. Sebuah hadis drpd Khudamah binti Wahb alAsadiyyah RA, dimana beliau pernah mendengar Baginda SAW bersabda:

لَقَدْ هَمَمْتُ أَنْ أَنْهَى عَنْ الْغِيلَةِ ، حَتَّى ذَكَرْتُ أَنَّ الرُّومَ وَفَارِسَ يَصْنَعُونَ ذَلِكَ فَلَا يَضُرُّ أَوْلَادَهُمْ

Maksudnya: "Aku pernah berhasrat melarang alGhilah sehinggalah aku diberitahu bahawa org2 Rom dan Parsi melakukannya dan perbuatan itu tidak memudharatkan anak2 mereka." (Muslim 1442)

Hadis ini menunjukkan hasrat larangan tersebut adalah kerana bimbangkan kemudharatan. Namun setelah terbukti ia tidak memudharatkan sbhgian kaum, baginda batalkan hasrat tersebut.

Hadis ini antara perkara yg masuk di bawah bab uruf. Iaitulah apabila terbukti dr sumber yg dipercayai alGhilah mendatangkan mudharat kpd sesuatu masyarakat, maka ia dilarang. Jika tidak mendatangkan mudharat, maka ia kembali kpd hukum asal iaitulah harus.


Cetak  
Wallahu a'lam