SDI 0919: Bila Hari Ke-7 Kelahiran Yang Sunat Dibuat Akikah Untuk Bayi?

Soalan: 

Assalamu'alaikum!
Ustaz kalau bayi lahir 4/9/18, aqiqah 10/9/18 ok ka, atau x cukup 7hr?

Jawapan:

Sembelih akikah utk anak yg baru lahir pada hari ke-7 adalah SUNAT bukan wajib. Jika disembelih pd hari lain juga TAK MENGAPA, namun pd hari ke-7 itu DIGALAKKAN berdasarkan hadis:

كُلُّ غُلَامٍ رَهِينَةٌ بِعَقِيقَتِهِ تُذْبَحُ عَنْهُ يَوْمَ سَابِعِهِ وَيُحْلَقُ وَيُسَمَّى

Maksudnya: "Setiap anak itu, ditebus dgn akikahnya yg disembelih pd hari ke-7, dicukur dan diberikan nama." (Abu Daud 2455. Dinilai Sahih oleh alAlbani)

Bagaimana nak kira hari ke-7, hari kelahiran dikira atau tidak?

Jawapannya: Majoriti ulama berpandangan hari kelahiran masuk dlm pengiraan. Oleh itu jika bayi dilahirkan pd 4/9/2018, maka hari ke-7 kelahirannya ialah pd 10/9/2018 spt yg ditanya.

Kata alImam alNawawi RH:

وَهَلْ يُحْسَبُ يَوْمُ الْوِلَادَةِ مِنْ السَّبْعَةِ ؟ فيه وجهان "أصحهما" يحسب فيذبح في السادس مما بعده "والثاني" لا يحسب فيذبح في السابع مما بعده , وهو المنصوص في البويطي ولكن المذهب الأول وهو ظاهر الأحاديث, فإن ولد في الليل حسب اليوم الذي يلي تلك الليلة بلا خلاف

Maksudnya: "Apakah dihitung harinkelahiran termasuk dlm 7 hari? Ada dua pandangan (Wajhan). Yg Asah, ia dihitung, maka (sunat) disembelih akikah pada hari ke-6 selepas hari kelahiran. (Pandangan) kedua: (hari kelahiran) tidak dihitung, maka disembelih akikah pd hari ke-7 selepas hari kelahiran. Pandangan ini dinaskan pd alBuwaithi, akan tetapi mazhab pertama berdasarkan zahir hadis-hadis. Jika bayi dilahirkan pd malam hari, dihitung bermula hari (siang) yg mengiringi malam tersebut tanpa ada perbezaan pendapat ulama." (alMajmu' 8/411)

Di dlm alMausu'ah alFiqhiyyah 30/279 dinyatakan:

ذهب جمهور الفقهاء إلى أن يوم الولادة يحسب من السبعة, ولا تحسب الليلة إن ولد ليلاً, بل يحسب اليوم الذي يليها

Maksudnya: "Majoriti fuqaha berpandangan hari kelahiran dihitung dlm 7 hari. Dan tidak dihitung malam, jika bayi dilahirkan pd malam hari, sebaliknya yg dihitung adalah hari yg mengiringi slps malam tersebut."

Inilah pandangan yg rajih berdasarkan penilaian ulama semasa. Alasannya ialah hadis Nabi SAW:

تذبح عنه يوم سابعه

Maksudnya: "disembelih (akikah) bayi pada hari ketujuh kelahiran."

Dlm hadis ini Nabi sandarkan "hari ketujuh" kpd hari bayi dilahirkan. Maka penyandaran spt ini dinamakan al-Idhofah الإضافة yg menatijahkan keterikatan hukum dgn suatu yg disandarkan (والإضافة تقتضي تقييد الحكم بالمضاف إليه). Maknanya, 7 hari itu disandarkan kpd hari kelahiran bayi. Maka sudah tentu hari kelahiran itu termasuk yg dihitung dlm 7 hari.

Saya sebutkan di sini kaedah mengira hari ke-7 kelahiran iaitulah ia akan jatuh sehari sblm hari kelahiran. Contoh kelahiran berlaku pada hari Sabtu, maka hari ke-7 jatuh pada sehari sebelum hari Sabtu berikutnya iaitulah pd hari Jumaat. Jika kelahiran hari Khamis, maka hari ke-7nya jatuh pada hari Rabu, dan demikianlah seterusnya.

Pandangan kedua mengatakan hari kelahiran tidak termasuk dlm pengiraan. Inilah pandangan ulama mazhab Maliki dan pandangan ini marjuh spt yg dinyatakan beberapa ulama kemudian.


Cetak  
Wallahu a'lam