SDI 0893: Hukum Suami Tidak Menyetubuhi Isteri Selama 5 Bulan

Soalan: 

Jika pasangan suami isteri tidak bersetubuh selama 5 bulan dan suami tidak pernah bersumpah untuk mengila’ isteri, adakah situasi tidak bersetubuh selama 5 bulan itu tetap dihukum sebagai ila’?perlukah sisuami membayar kafarah ila’ jika dia menyetubuhi isteri selepas 5 bulan?

Jawapan:

Suami yang meninggalkan persetubuhan dengan isteri tanpa sebarang alasan yang dibenarkan syara’, telah melakukan satu dosa dan hendaklah dia segera melaksanakan kewajipannya terhadap isteri.

Ulama berbeza pandangan dalam masalah suami meninggalkan persetubuhan dengan isteri lebih dari empat (4) bulan tanpa sumpah ila’. Majoriti ulama berpandangan ia bukan ila’. Namun jika terdapat unsur hendak mendera isteri, maka puan berhak mengangkat kes ke mahkamah agar dapat diputuskan hukuman yang sepatutnya.

Soalan: 

Bagaimana pula suami yang bekerja di luar negara yang xpulang selama setahun,kadang 2 hingga 3 tahun?
 
Jawapan: 
 

Telah dijelaskan dalam jawapan, ia merujuk kepada suami yang meninggalkan isteri tanpa alasan yang dibenarkan syara'. Jika ada alasan yang dibenarkan syata' dan isteri pula bersetuju. Maka tak jadi masalah.

Sekalipun demikian suami hendaklah buat pertimbangan yang sebaik mungkin. Berjauhan dr isteri adalah jalan terakhir.


Cetak  
Wallahu a'lam