SDI 0892: Hukum Beri Pinjam Harta Anak Yatim

Soalan: 

Salam Ustaz, Saya nak tanya tentang permasalah dalam pengurusan harta anak yatim.

Sepupu saya baru kehilangan suami, mempunyai 2 orang anak yang masih kecil. Harta suami yang ditinggalkan berupa, aset rumah, wang simpanan dan kereta. Semasa arwah suaminya masih hidup, kereta suami itu diberi pinjam kepada pakciknya, jadi selepas kematian beliau kereta itu menjadi sebahagian daripada harta anak-anak sepupu saya. Persoalannya, sekarang ini, pak cik arwah ingin meminjam lagi kereta berkenaan, boleh atau tidak boleh?

**Buat masa sekarang, saya katakan pada sepupu untuk tidak lagi meminjamkan kereta tersebut kerana pada pendapat saya itu harta anak-anak yatim dan harus diurus sebaik mungkin.

Jawapan:

Asas dalam menguruskan harta anak yatim ialah memastikan kebaikannya kembali kepada anak yatim. Banyak perkara yang mesti dipertimbangkan. Sukar untuk memberi jawapan melalui ruang FB yang terhad ini kerana banyak perkara yang perlu dipertimbangkan dengan cermat. Termasuk syarat-syarat yang diletakkan oleh para ulama dalam persoalan berkaitan memberi pinjam harta anak yatim, setelah mereka berbeza pandangan antara boleh dan tidak.

Yang penting berbincang secara baik sesama keluarga dan asasnya ialah harta anak yatim diuruskan dengan memastikan kebaikannya kembali kepada anak yatim. Saya ingin cadangkan jika dapat dibincangkan sesama ahli keluarga bagaimana jika dikenakan sewaan berbentuk bulanan ke atas pakcik arwah mengikut kemampuannya. Hal ini bagi menjamin hak anak yatim ke atas harta tersebut tidak disia-siakan begitu sahaja.


Cetak  
Wallahu a'lam