SDI 1575: Istighfar Untuk Ramai Orang Dan Qadha Puasa Untuk Orang Tua

Soalan:

Assalammualaikum ustaz..

1.Bagaimana cara yg utk kita beristighfar dan pahalanya kita sedekahkan untuk kedua ibubapa yg telah meninggal,boleh ke istighfar itu diniatkan juga utk keluarga@sahabat yg telah meninggal,atau istighfar cuma utk satu individu dlm suatu masa.

2.Bolehkah kita ganti puasa utk ibu yg telah meninggal..
جزاك الله خيرا


Jawapan:

1. Istighfar kepada ibu-bapa maksudnya memohon kepada Allah agar mengampuni kedua ibu-bapa. Lafaz
رَبِّ اغْفِرْ لِوَالِدَيَّ maksudnya: "Ya Allah kurniakanlah keampunan kepada kedua ibu-bapaku."

Istighfar atau mohon keampunan, boleh untuk lebih dari seorang dalam satu-satu masa.


2. Boleh menggantikan puasa untuk ibu yang telah meninggal dunia dalam keadaan ada qadha puasa yang wajib ke atasnya, berdasarkan hadis:

مَنْ مَاتَ وَعَلَيْهِ صَوْمٌ، صَامَ عَنْهُ وَلِيُّهُ

Maksudnya: "Siapa yang mati memiliki kewajipan puasa qadha, walinya berpuasa untuknya." (al-Bukhari & Muslim). Ini antara pandangan qadim al-Imam al-Syafi'e yang didahulukan berbanding pandangan jadid beliau oleh fuqaha mazhab Syafi'e.


Cetak  
Wallahu a'lam