Makna Sabar

Sabar الصَّبْـرُ adalah berlawanan dengan al-Jaza' الجَزَع. Tasrifnya: صَبَرَ يَصْبِرُ صَبْـرًا فهو صابِرٌ وصَبَّار وصَبِيرٌ وصَبُور. Untuk untha (wanita) صَبُور sama seperli muzakkar. Kalimah pluralnya ialah صُبُـرٌ

Sabar pada asalnya merujuk kepada الحَبْس yang boleh diterjemahkan sebagai menghalang, menyekat, mengurung dan seumpamnya. Setiap yang menghalang sesuatu yang lain orang Arab kata: فقد صَبَرَه iaitulah perkara itu telah mensabarnya (menghalang atau menyekatnya). Oleh itu, Sabar yang dimaksudkan di sini ialah: حبس النفس عن الجزع menghalang, mengurung jiwa dari jaza' (berlawanan dengan Sabar).  (Lihat Lisan al-'Arab oleh Ibn al-Manzhur 4/43)

Dari sudut istilah Sabar ialah: "Menghalang diri dari perkara-perkara yang diharamkan oleh ALlah, dan mengurung diri agar melakukan kefardhuan-kefardhuan Allah, juga menyekat diri dari marah dan mengeluh kerana ketentuan-ketentuan-Nya حبس النفس عن محارم الله، وحبسها على فرائضه، وحبسها عن التسخط والشكاية لأقداره." (Lihat Risalah Ibn al-Qayyim Ila Ahadi Ikhwanih, hal: 18)

Di dalam al-Ruh hal: 241, Ibn al-Qayyim berkata: ثبات القلب على الأحْكام القَدَرِيَّة والشرعية iaitulah "keteguhan hati di atas hukum-hakam al-Qadariyyah dan al-Syar'iyyah."

Dikatakan juga Sabar ialah ترك الشكوى من ألم البلوى لغير الله لا إلى الله iaitulah "meninggalkan pengaduan keperitan ujian kepada selain ALlah, bukan kepada Allah." (Lihat al-Ta'rifat, hal: 131)

 


Cetak