Ikhtilaf Tanawwu' اختلاف التنوع

اختلاف التنوع المقصود به الاختلاف الذي يتعدد فيه القول والرأي على وجه شرعي، الاختلاف الذي كله سائغ، الاختلاف في الأمور الاجتهادية التي يسع فيها الخلاف، ويتنازع فيها في فهم الأدلة، وتكون فيها الأدلة أو الدلالة الاجتهادية غير واضحة، سواء دلالة المفهوم، أو دلالة المنطوق، أو دلالة اللغة، أو التقييد، أو النسخ إلى آخره، كل هذه الأمور تسمى اختلاف تنوع، أي: أن المسلمين عندما اختلفوا فيها، اختلفوا عن اجتهادات لها أصول في الشرع على ضوء الأدلة.

Maksudnya: “Ikhtilaf al-Tanawwu’ adalah iktilaf (perbezaan) pandangan dalam bentuk syri‘e (diiktiraf syarak), perbezaan yang boleh diterima, perbezaan dalam perkara-perkara ijtihadi yang boleh berlaku perbezaan pandangan, yang berbeza adalah dalam memahami dalil yang ada. Dalil dan petunjuk yang ada bersifat ijtihadi dan tidak jelas (menunjukkan sesuatu pemahaman sahaja), sama ada pada dalalah al-Mafhum, atau dalalah al-Mantuq, atau dalalah al-Lughah atau al-Taqyid atau al-Naskh dan seterusnya. Semua ini menjadikan sesuatu perbezaan itu adalah dalam kumpulan ikhtilaf tanawwu’ iaitulah umat Islam ketika berbeza pandangan berkaitannya, mereka berbeza pada jalan ijtihad yang memiliki asas-asas dalam agama yang dibenarkan dengan bukti-bukti.” (Al-Syeikh Nasir bin ‘Abd al-Karim al-‘Aql dalam Syarh al-‘Aqidah al-Tahawiah 3/107)


Cetak