al-Imam الْإِصْطَخْرِيُّ alIishtakhriy

Seorang ikutan dan contoh. Syeikh alIslam Abu Saied alHasan bin Ahmad bin Yazid alIshtakhriy alSyafie. Seorg faqih di Iraq, sahabat Ibn Suraij.

Antara ulama yg mengambil ilmu drpdnya ialah alDaraqutni, Ibn Sahin dan lain2.

Kata Abu Ishak alMarwazi: "Ketika aku masuk ke Baghdad, tiada seorgpun yg layak dipelajari drnya melainkan Ibn Suraij dan Abu Saied alIshtakhriy."

Kata alKhatib: "apabila beliau memegang jawatan qadhi, diberikan cahaya, apabila memegang hisbah di Baghdad, beliau telah membakar tempat2 berhibur."

Beliau seorg yg zuhud, wara', bersedikit dgn dunia. Pemilik beberapa kitab antaranya Adab alQadha', tiada seseorgpun yg seumpamanya.

Khalifah alMuqtadir telah memintanya menjadi qadhi di Sijistan.

Meninggal dunia pada Jumada alAkhirah tahun 328H berumur lebih 80 tahun. (Siyar A'lam alNubala')


Cetak