Dailog Bersama al-Ustaz Dar al-Kutawi Tentang Hukum Muzik

Respon Balas binSahak Ke Atas UDK
 
1. UDK kata metod pegang pada yang masyhur bukan metod ahli ilmu. Ini ajaib, bukankah saya telah bawakan kalam al-Auzaie, al-Zabidi dan alUdfuwi. Bahkan kaedah ini dipegang oleh Ibn Abdil Barr. Siapakah mereka ini jika bukan ahli ilmu?
2. Saya bertanya siapakah menafikan penisbahan ini dari Ibrahim bin Saad? Kata UDK Imam Malik. Jawapan saya:
i. Nukilan imam malik tidak sebut pun nama Ibrahim bin Saad.
ii. Teks Imam Malik jelas adanya orang madinah yang benarkan bahkan amalkan muzik ini.
iii. Al-zahabi menyatakan bahawa Ibrahim bin Saad dipandang rendah kerana pandangan beliau mengharuskan muzik. Ini qarinah kuat bahawa imam malik mensasari fussaq dalam teks beliau kepada Ibrahim bin Saad.
3. UDK menyatakan nukilan pandangan Ibrahim bin saad tidak masyhur. Ini ajaib. Saya sudah bawakan pandangan ramai ulama .bahkan nukilan al-zabidi, namun UDK tidak berjaya jawab setakat ini. Al-Qurtubi, abu al-Tayyob al-Tabari, al-zahabi dan ulama lain lagi menisbahkan pandangan ini kepada ibrahim bin saad. Nampaknya UDK sedang berada dalam denial syndrom iaitu menafikan sesuatu sedangkan ramai menyatakan ia ada.
4. Berkaitan masyhur sesuatu pandangan tidak semestinya diterima secara mutlak seperti dakwaan UDK benar. Saya telah sebutkan tadi bahawa ia perlu kepada kajian sanad jika anak murid ulama berkenaan khilaf dalam menukilkan pandangan guru mereka. Namun dalam isu ini tidak ada yang menafikan pandangan ini secara jelas.
5. Dakwaan UDK bahawa kalam Ibrahim bin Saad bukan hujah saya setuju. Namun masyhurnya pandangan beliau ini menafikan ijmak yang dilaungkan oleh pihak yang mengharamkan.
5. UDK mengingatkan pembaca berkaitan perlunya berhati-hati apabila menukilkan pandangan ulama. Benar saya setuju perkara ini. Saya juga ingin nasihatkan UDK bahawa jangan dinafikan pula pandangan yang masyhur ulama. Apakah pada pandangan UDK Abu al-Tayyib al-Tabari, al-Qurtubi, al-zahabi, al-zabidi, al-udfuwi ini tidak berhati-hati? Jika seorang dua tidak mengapa, ini ramai ulama yang menyandarkan pandangan ini kepadanya bahkan menyatakan ia masyhur pula. Justeru, saya pulangkan nasihat yang sama kepada UDK. Berhati-hati lah.
------------------------------
 
Menyatakan asas Udfuwi melalui riwayat palsu adalah dakwaan tanpa dalil. Tidak ada satu pun teks udfuwi menyatakan asas beliau adalah riwayat palsu. Bahkan beliau menyebutkan naqalah نقلة yang bermaksud penukil-penukil.
Saya telah tekankan sblm ini, perlu diketahui, selain dari hadis, sesuatu yang sudah masyhur tidak perlukan sanad kerana tiada keperluan untuk diletakkan sanad.
Hal ini yang gagal difahami oleh UDK.
Semoga Allah mengurniakan kefahaman yg benar kpd kita.
 -------------------------
 
UDK cuba membangkitkan isu nyanyian dan muzik pula. Saya jawab begini:
i. Siapa yang meneliti teks ulama silam berkaitan pengharaman muzik pastinya akan dapat melihat mereka akan menggunakan lafaz al-Ghina', al-Ma'azif dan al-Dharb.
ii. Jika UDK cuba untuk kata pandangan ibrahim bin saad itu berkaitan nyanyian bukan muzik kita perlu perhatikan keseluruhan riwayat.
- ulama menyatakan ramai ulama mengharamkan al-Ghina kecuali ibrahim bin saad dan ubadillah bin hasan. Pelik jika ingin ditafsirkan ia semata-mata nyanyian yang tiada unsur muzik. Atau UDK ingin katakan semua ulama selain kedua-dua ini mengharamkan nyanyian walau tanpa muzik? Ini ajaib.
- al-udfuwi menyatakan tiada khilaf dari penukil bahawa Ibrahim bin Saad mengharuskan al-Dharb. Ia jelas menunjukkan teks ini berkaitan muzik dan nyanyian. Bukan nyanyian tanpa muzik.
- al-Zahabi mengatakan ibrahim bin saad dipandang rendah (boleh juga diterjemahkan: dihina) kerana pandangan beliau dalam isu ini. Adakah mengharuskan nyanyian semata tanpa muzik layak untuk dicela sedangkan ulama lain juga mengharuskan nyanyian tanpa muzik?
- jika UDK ingin terjemahkan nyanyian yang diharuskan oleh Ibrahim bin Saad itu nyanyian haram yang ada unsur syirik atau zina, maka saya ingin bertanya adakah layak bagi seorang ilmuwan hadis dinilai tsiqah jika mempromosikan perkara haram secara qatie?
 

Cetak  
Wallahu a'lam