Hukum Muzik Termasuk Dalam Khilaf Yang Muktabar (1)

 
Masalah talak tiga dalam satu majlis, ramai dari kalangan ulama yang mendakwa telah berlaku Ijmak, termasuklah Ibn 'Abd al-Barr, al-Marwazi dan selain mereka. Inilah juga pandangan keempat-empat mazhab. Sehingga al-Imam Abu Bakr Ibn al'Arabi alMaliki berkata:
 
ما ذبحت ديكا بيدي قط ولو وجدت من يرد المطلقة ثلاثا لذبحته بيدي
 
Maksudnya: "Tidak aku menyembelih seekor ayam jantan dengan tanganku sama-sekali, sekiranya aku mendapati sesiapa yang menolak (jatuh talak tiga) wanita yang ditalak tiga, pasti aku akan menyembelihnya dengan tanganku."
 
Namun ternyata pandangan yang lebih benar adalah berbeza dengan nukilan tersebut. Hatta mereka yang berbangga dengan nukilan dakwaan Ijmak pengharaman muzik, berpegang dengan pandangan talak tiga dalam satu majlis jatuh satu talak.
 
Demikianlah persoalan pengharaman muzik. Justeru jangan ghairah dan keras dalam membuat nukilan dan berhukum kerana persoalan muzik apakah halal ataupun haram adalah termasuk dalam persoalan khilaf yang muktabar.

Cetak  
Wallahu a'lam