Surat Jawapan Keemasan dari Dr Bakr Abu Zaid kepada alSyeikh Rabi' alMadkhali.

Fadhilah alAkh/alSyeikh Rabi' bin Hadi alMadkhali yang dimuliakan.

Assalamu'alaikum warahmatullah wabarakatuh.

Saya merujuk kepada permintaan anda untuk saya membaca kitab yang disertakan (tulisan anda) "Adhwa' Islamiyyah 'Ala Aqidah Sayyid Qutb Wa Fikrih"... apakah terdapat beberapa ulasan terhadapnya, kemudian apakah ulasan-ulasan ini menjadikan usaha ini ditutup sahaja atau terus diriwayatkan. Atau apakah ulasan-ulasan tersebut masih dapat diperbaiki dan kitab tersebut dicadang dicetak dan diterbitkan sehingga dapat menjadi bekalan (pahala) untuk anda di akhirat dan sebagai penyuluh kepada sesiapa yang dikehendaki oleh Allah dari kalangan para hambaNya di dunia. Kerana itu, di bawah ini adalah penjelasan-penjelsan tersebut:

1) Saya perhatikan di muka surat pertama, senarai tajuk-tajuknya. Saya mendapati tajuk-tajuknya itu telah menghimpunkan asas-asas kekufuran kepada Sayyid Qutb RH, Ilhad, zindiq, wahdatul wujud, quran itu makhluk, boleh berhukum dengan syariat selain dari Allah, melampau mengagungkan sifat Allah, menolak hadis mutawatir, keraguan pada persoalan-persoalan akidah yang wajib diyakini, mengkafirkan masyarakat Islam dan lain-lain lagi yang menjadikan gerun orang-orang yang beriman (apabila membacanya). Saya berasa sedih dengan keadaan ulama umat Islam seluruh dunia yang tidak memberi peringatan kepada perkara-perkara yang merosakkan itu (seperti yang didakwa). (Saya juga tertanya-tanya) Bagaimanakah dapat difahami hal ini sedangkan bukunya tersebar ke seluruh dunia seperti tersebarnya cahaya matahari. Umat Islam secara umumnya mengambil faedah daripada kitab-kitab Sayyid Qutb, sehinggakan kamu sendiri dalam sebahagian apa yang kamu tulis (mengambil faedah dari tulisan beliau). Kerana itu aku cuba bandingkan antara kandungan-kandungan dan tajuk-tajuknya, aku dapati ia saling bertentangan.

Kemuncaknya secara umum, tajuk-tajuknya bertujuan provokatif, menarik perhatian pembaca biasa agar mencela Sayyid Qutb RH. Sesungguhnya aku tidak suka untukku, untuk kamu dan untuk semua umat islam berada di dalam dosa dan kesalahan, sesungguhnya termasuk dalam penipuan yang keji, perbuatan menyerahkan kebaikan-kebaikan seorang insan kepada orang yang membenci dan memusuhinya.

2) Aku telah meneliti dan mendapati kitab ini (yang ditulis oleh syeikh Rabi') tidak memiliki asas-asas kajian ilmiah, kecenderungan ilmu, manhaj kritikan, amanah dalam membuat nukilan dan ilmu demikian juga menceroboh hak orang lain.

Adapun berkaitan adab berbincang, ketinggian uslub dan kekuatan pembentangan, maka kitab ini langsung tidak memiliki perkara-perkara ini, buktinya:

Pertama: Aku lihat kebergantungan hanya pada nukilan dari kitab-kitab Sayyid Qutb RH cetakan-cetakan terdahulu seperti kitab Fi alZilal dan alAdalah alIjtima'iyyah, sedangkan kamu (Rabi alMadkhali) sedia mengetahui seperti pada hasyiah muka surat 29 dan selainnya, bahawa bagi kitab-kitab tersebut terdapat beberapa cetakan yang disemak semula yang menyusulnya, maka sepatutnya berdasarkan asas-asas kritikan dan amanah ilmiyyah, menfokuskan kritikan jika terdapat teks dari cetakan terakhir bagi setiap kitab. Ini kerana terdapat apa-apa pembetulan yang dibuang apa-apa kesilapan yang ada pada cetakan sebelumnya. Hal ini tidak tersembunyi insyaallah taala dari maklumat asas kamu. Akan tetapi barangkali ia adalah kesilapan dari seorang pelajar yang memberi maklumat-maklumat tersebut kepada kamu dan dia tidak mengetahuinya?? Suatu yang tidak tersembunyi, sememangnya ada beberapa persamaan hal seperti ini terhadap ahli ilmu. Sebagai contoh kitab alRuh tulisan Ibn alQayyim, ketikamana sebahagian ulama melihat kandungan di dalamnya, dia berkata:

"mudah-mudahan ini tulisan awal beliau (Ibn alQayyim)."

Maka demikianlah kedudukan orang selain Ibn alQayyim. Kitab al'Adalah alIjtima'iyyah adalah merupakan tulisan terawal yang beliau (Sayyid Qutub) tulis tentang hal-hal keislaman. Dan hanya kepada Allah tempat meminta pertolongan.

Kedua: menggerunkan aku, ketikamana aku membaca pada bahagian isi kandungan kitab ini, perkataan kamu: "Sayyid Qutb mengharuskan selain dari Allah membuat syariat." Maka aku bergegas mendapatkannya (kitab Sayyid Qutb) sebelum apa-apa, maka aku lihat perkataan tersebut secara keseluruhan merupakan satu nukilan dari banyak baris dari kitab beliau alAdalah alIjtima'iyyah. Perkataan beliau (Sayyid Qutb) tidak membawa maksud seperti tajuk provokasi tersebut, sekiranya kita menetapkan padanya terdapat ibarah yang boleh membawa sangkaan atau secara umum, mengapa kita memesongkannya kepada membawa maksud boleh dihukum kafir, dan menghancurkan apa yang telah dibina oleh Sayyid Qutb RH dalam hayatnya dan kelaziman penanya dari berdakwah kepada tauhidkan Allah Taala (dalam bab berhukum dan membuat syariat), dan beliau menolak perundangan wadh'iyyah dan berdiri teguh menghadapi orang yang melakukan demikian itu. Sesungguhnya Allah menyukai sikap adil dan insaf dalam setiap perkara. Dan tidaklah aku dapati engkau (syeikh Rabi') Insyaallah Taala melainkan kembali kepada keadilan dan insaf.

Ketiga: antara tajuk-tajuk provokasi itu, iaitulah perkataan kamu: "Pandangan Sayyid Qutub dengan wahdatul wujud"

Sesungguhnya Sayyid Qutb RH menyatakan ungkapan yang mutasyabih (samar-samar) dipenuhi uslub-uslub bahasa dalam menafsirkan dua surah alHadid dan alIkhlas, menjadikan disandarkan kepadanya pandangan wahdatul wujud.

Kamu telah melakukan sesuatu yang baik ketika kamu menukilkan perkataan syed qutb dalam menafsirkan surah alBaqarah terdiri dari bantahannya yang jelas terhadap pemikiran wahdatul wujud. Antara perkataan syed qutb tersebut:

"dan dari sini ternafinya berasal dari pemikiran islam yang benar akan pemikiran wahdatul wujud."

Dan aku tambahkan untuk kamu (syeikh rabi') bahawa di dalam kitab beliau Muqawwimat alTasawwur alIslamiy sebagai satu bantahan yang jelas (dari beliau) ke atas mereka yang berkeyakinan dengan wahdatul wujud. Kerana itu kami katakan:

"Semoga Allah mengampunkan syed qutb akan perkataan yang digunakannya dengan uslub-uslub yang dia kembang luaskan ibaratnya.."

Namun ungkapan yang mutasyabih (samar-samar) tidak boleh mengatasi teks yang jelas lagi putus dari perkataannya. Oleh itu aku berharap (kamu) bersegera membuang hukuman kafir alDhimni (التكفير الضمني) ini terhadap syed qutb RH, sesungguhnya aku kesihan dan belas terhadap kamu.

Keempat: di sini aku katakan di sisimu yang mulia dengan penuh kejelasan, sesungguhnya kamu dengan tajuk-tajuk seumpama:

"Penyelewengannya Pada Menghuraikan Makna Lailaha Illa Allah Bagi Ulama dan Ahli Bahasa, Demikian juga ketidak jelasan (tidak memahami) alRububiyyah dan alUluhiyyah Di sisi Syed Qutb"

Aku katakan: "Wahai orang yang mengasihi dan dikasihi (dihormati), sesungguhnya engkau telah hancurkan tanpa penelitian sebenar, kesemua yang diperakui oleh Syed Qutb RH terdiri dari asas-asas tauhid, kandungan-kandungan dan tuntutan-tuntutannya yang menjadi tanda jelas dalam hidup syed qutb yang panjang. Semua yang engkau nyatakan (terhadap Syed Qutb) dapat dibatalkan oleh kalimah (beliau) yang satu iaitulah bahawa mentauhidkan Allah dalam berhukum dan hak membuat syariat termasuk dalam kandungan-kandungan kalimah tauhid, dan syed qutb RH telah banyak memberi fokus dalam perkara ini apabila dia melihat kebiadaban yang berlaku dalam usaha menghapuskan berhukum dengan syariat Allah dari perundangan dan selainnya, demikian juga usaha menghalalkan undang-undang ciptaan manusia sebagai ganti kepada undang-undang syariat Allah. Tidak diragukan lagi bahawa kebiadaban keji ini suatu yang asing bagi umat Islam dalam sejarahnya yang pannjang sebelum berlakunya pada tahun 1342H.

Kelima: antara tajuk-tajuk yang terdapat di bahagian isi kandungan iaitulah "Perkataan Syed Qutb Dengan Kemakhlukan alQuran Dan Bahawasanya Kalam Allah Adalah Ibarah Dari KehendakNya..."

Apabila aku merujuk semula halaman-halaman yang dinyatakan, aku tidak dapati satu huruf sama sekali yang dijelaskan oleh syed qutub RH dengan pernyataan: "alQuran adalah makhluq." Bagaimana boleh berlaku begitu mudah tuduhan ini yang terdiri dari perkara-perkara yang boleh dihukum kafir? Sebaliknya aku dapati beliau meluaskan penggunaan uslub bahasa seperti katanya: "akan tetapi mereka (orang-orang musyrikin) tidak mampu untuk menulis apa-apa huruf muqatta'ah sekalipun seumpama kitab ini (alQuran), disebabkan ia (alQuran) adalah dari buatan Allah (صنع الله) bukan dari buatan manusia." Ini merupakan ibarat yang tidak diragui memiliki kesalahannya. Akan tetapi apakah boleh kita menghukum daripadanya bahawa syed qutb mengatakan keyakinan yang kufur ini? (Kemakhluqan alQuran), Ya Allah, daku tidak mampu untuk dipikulkan bebanan demikian. Sesungguhnya ia mengingatkan daku akan perkataan yang sama oleh alSyeikh Muhammad 'Abd alKhaliq 'Azhimah RH dalam pandahuluan kitabnya: Dirasat Fi Uslub alQuran alKarim yang dicetak oleh Universiti alImam Muhammad Sa'ud alIslamiyyah. Maka apakah kita perlu lontarkan juga kepada kesemua mereka dengan tuduhan kemakhlukan alQuran, sudah pasti tidak. Cukuplah di sini ulasanku dari sudut maudhu' dan ianya adalah penting.

Bersambung siri 2... yang masih belum kesampaian
 
 

Cetak  
Wallahu a'lam