Abu Musa alAs'ariy alTamimi RA

Abu Musa alAs'ariy alTamimi RA. Abdullah bin Qais bin Sulaim bin Haddhar (حضّار) bin Harb RA.
 
Nabi SAW bersabda:
 
لقد أوتي هذا مزمارا من مزامير آل داود
 
Maksudnya: "Sesungguhnya aku telah dianugerahkan yang ini (Abu Musa), berupa mizmar dari kalangan mizmar keluarga nabi Allah Daud."
 
Mizmar adalah suara yang merdu (الصوت الحسن). 
 
Dalam Sahihain daripada Abu Burdah bin Abi Musa, daripada bapanya (Abu Musa) bahawa Rasulullah SAW pernah berdoa:
 
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِعَبْدِ اللَّهِ بْنِ قَيْسٍ ذَنْبَهُ ، وَأَدْخِلْهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مُدْخَلًا كَرِيمًا
 
maksudnya: Ya Allah, ampunilah dosa Abdullah bin Qais (Abu Musa alAsy'ari), masukkanlah dia pada hari kiamat ke tempat yang mulia."
 
Kata 'Umar bin alKhattab RA kepada Abu Musa RA:
 
ذكَرنا ربَّنا يا ابا موسى، فيقرأ وهم يسمعون
 
maksudnya: "Ingatkan kami akan tuhan kami wahai Abu Musa. Lalu Abu Musa membacakan ayat alQuran dan mereka semua mendengarnya."
 
Beliau seorang yang ُّقصيرا نحيف الجسم، أَثَط iaitulah bertubuh rendah dan kurus lagi tidak berjanggut. 
 
Nabi pernah memuji golongan alAsy'ariy. Anas bin Malik berkata; Sabda Nabi SAW
 
يَقْدُمُ عَلَيْكُمْ غَدًا قَوْمٌ هُمْ أَرَقُّ قُلُوبًا لِلْإِسْلَامِ مِنْكُمْ ، فَقَدِمَ الْأَشْعَرِيُّونَ ; فَلَمَّا دَنَوْا جَعَلُوا يَرْتَجِزُونَ : غَدًا نَلْقَى الْأَحِبَّهْ مُحَمَّدًا وَحِزْبَهْ
 
 
maksudnya: "Akan datang kepada kamu semua keesokan hari satu kaum yang mana mereka adalah orang yang paling lunak jantung hatinya kepada Islam dalam kalangan kamu semua. Lalu (keesoakan harinya) datanglah orang-orang alAsy'ari, ketikamana mereka mendekat, mereka melaungkan syair: "Esok kita akan bertemu sang kekasih iaitulah Muhammad dan sahabat-sahabatnya."
 
Apabila mereka sampai, mereka saling bersalaman. Merekalah yang mula-mula mengadakan sunnah bersalaman."
 

Cetak  
Wallahu a'lam