SDI 0750: Cucu Nabi SAW Selain Dari Hasan Dan Husain

Soalan: 

Ustaz, selain Saidina Hasan dan Hussein, ada lagi tak cucu2 Nabi sallallahualaihiwassalam?

Jawapan:

Ya ada, kesemua cucu Nabi SAW dari puteri baginda, kesemua mereka 8 orang, iaitulah:

Anak Sayyidah Zainab binti Rasulillah SAW:

1) Umamah binti Abi al'Ash.

2) 'Ali bin Abi al'Ash. Kata al-Imam alZahabi, beliau meninggal dunia semasa kecil. (Lihat Siyar alA'lam alNubala)

Anak Sayyidah Fatimah binti Rasulullah SAW:

1) Hasan bin 'Ali.
2) Husain bin 'Ali.
3) Muhsin bin 'Ali.
4) Zainab binti 'Ali.
5) Ummu Kalthum binti 'Ali. (Lihat AlBidayah wa alNihayah)

Anak Sayyidah Ruqayyah binti Rasulillah SAW. Beliau meninggal dunia ketika berumur 22 tahun. Beliau dikurniakan seorang anak bersama 'Uthman bin 'Affan RA, iaitulah:

1) 'Abdullah bin 'Uthman bin 'Affan. (Lihat alMustadrak 'Ala alSahihain oleh alHakim dan Ibn Hajar di dalam al-Isobah Fi Tamyiz alSahabah)


Cetak  
Wallahu a'lam