SDI 1158: Kisah Dailog Antata Mazhab Syafi'ie dan Hanafi

Soalan:

Saya dgr kuliah ustaz kitab bahrulmazi. Ust ada sebut kisah perdebatan anyara ulama mazhab syafie dan hanafi. Bolwh saya dapatkan ceeita tu lebih yerpwrinci ust. Terima kasih.

Jawapan:

Sebelum saya dtgkan kisah itu, saya ingin jelaskan bahawa kisah tersebut bukan utk dicontohi sebaliknya adalah utk diambil iktibar. Apatah lagi ramai di kalangan ulama lain yg menolak cerita itu disebabkan ia dikaitkan dgn seorg tokoh besar iaitulah alImam Abu Bakar alQaffal dari mazhab alSyafie. Dimana mustahil individu seumpama alQaffal melakukan hal spt yg diceritakan.

Antara kitab yg ada menceritakan kisah itu ialah kitab Siyar A'lam alNubala oleh alImam alZahabi dlm jilid yg ke-23 halaman: 484, ketika mempwrkenalkan seorg Sultan Kerajaan Bani 'Abbasiyyah bernama Mahmud bin Subuktikin محمود بن سبكتكين yg meninggal dunia pada tahun 421H. Kata alImam alZahabi menukilkan cerita dr Imam alHaramain:

"Imam alHaramain ada menyebut bahawa (sultan) Mahmud bin Subuktikin dahulunya seorg yg bermazhab Hanafi, berminat dengan hadis. Namun beliau mendapati banyak drpd hadis yang berbeza dgn mazhabnya. Lalu beliau menghimpunkan para fuqaha di Marwa مرو dan mengarahkan mereka berbahas manakah mazhab yang lebih kuat, Mazhab Abi Hanifah atau alSyafi'ie. Kata Imam alHaramain: "Lalu berlaku persetujuan untuk dilakukan solat 2 rakaat di hadapan beliau (sultan Mahmud bin Subuktikin) menurut kedua2 mazhab. Maka Abu Bakar alQaffal bersetuju utk menunjukkan solat (dlm mazhab alSyafie) dgn didahulukan mengambil wudhu yg sempurna, (lalu solat) dlm keadaan menutup aurat, taharah dan qiblat dgn menjaga seluruh rukun2 yg tidak boleh solat tanpanya di sisi alSyafi'ie. Setelah itu dia tunaikan pula solat yg dibolehkan menurut pandangan Abu Hanifah, dia memakai pakaian kulit anjing yg disamak (dibuang kotoran padanya) dan lumurkan pula najis pada 1/4 dr pakaian tersebut. Dia berwudhu dgn air nira, sehingga mengebabkan pakaian itu dihurung lalat yg banyak, demikian juga dia berwudhu secara terbalik (basuh kaki di awal wudhu dan tangan di akhirnya), setelah itu bertakbir memulakan solat dgn bahasa Parsi, membaca alQuran dgn terjemahan Parsi: "Daubarkak sabz" dan menunaikan solat spt patukan yang laju dan iktidal tanpa tomakninah, bertasyahhud setelah itu keluar menamatkan solat dengan kentut bukan dengan memberi salam. Kata Mahmud bin Subuktikin kpd alQaffal: " Jika solat spt ini bukan solat yg dibenarkan oleh alImam Abu Hanifah, aku akan jatuhkan hukuman bunuh terhadapmu." Para ulama mazhab Hanafi menafikan solat seperti itu dibenarkan dlm mazhab Hanafi. Lalu alQaffal mengarahkan utk dibawakan kitab2 mazhab Hanafi, ternyata bolehnya solat spt itu ada dinyatakan di dlm kitab2 mereka. Sejak peristiwa itu Sultan Mahmud berubah kepada mazhab Syafi'ie."

Kata alZahabi dihujung cerita ini: "demikianlah spt yg disebut oleh alImam Abu alMa'ali kisah ini bahkan ia mengisahkannya dlm bentuk yg lebih panjang."

WA


Cetak  
Wallahu a'lam