SDI 0687: Benarkah Imam Abu Hanifah Solat 5 Waktu Selama 40 Tahun Dengan Satu Wudhu?

Soalan: 
 
Ustaz benarkah cerita yg disebut oleh ustaz di dalam video di bawah?
 
Jawapan: 
 
Cerita-cerita sebegina sememangnya banyak disebut di dalam kitab-kitab tarajim atau kitab yang membicarakan tentang biografi para ulama. Namun didapati di kalangan tokoh cendiakawan Islam ada yang tidak bersetuju dengan cerita-cerita seumpama ini. Tentang dakwaan yang mengatakan Imam Abu Hanifah solat lima waktu selama 40 tahun dengan satu wudhu, Saya datangkan perkataan salah seorang ulama Islam iaitulah alFairuzabadiy di dalam alRadd 'Ala alMu'taridh bagi menjawab soalan saudara.  Saya datangkan teks asalnya: Kata alFairuzabadiy di dalam alRadd 'Ala alMu'taridh 1/44:
 
" هذا من جملة الأكاذيب الواضحة التي لا يليق نسبتها إلى الإمام ، فما في هذا فضيلة تُذكر، وكان الأولى بمثل هذا الإمام أن يأتي بالأفضل، ولا شك أن تجديد الطهارة لكل صلاة أفضل وأتم وأكمل . هذا إن صح أنه سهر طوال الليل أربعين سنة متوالية ! وهذا أمر بالمحال أشبه، وهو من خرافات بعض المتعصبين الجهال، قالوه في أبي حنيفة وغيره ، وكل ذلك مكذوب "
 
Maksudnya: "Ini termasuk sejumlah pendustaan yang jelas, tidak layak dinisbahkan kepada Imam (Abu Hanifah). Tiada sebarang kelebihan dari perbuatan seperti ini. Yang lebih utama bagi seorang Imam seperti Abu Hanifah, pasti melakukan sesuatu yang lebih afdhal. Tidak diragukan lagi bahawa memperbaharui wudhu untuk setiap solat adalah lebih afdhal dan lebih sempurna. Inipun jika sahih berita yang mengatakan beliau (Imam Abu Hanifah) berjaga sepanjang malam berterusan selama 40 tahun. Perkara ini lebih hampir kepada mustahil, ia juga termasuk khurafat dari sebahagian golongan yang taasub lagi amat jahil, mereka telah membuat dakwaan seperti ini kepada Imam Abu Hanifah dan selainnya, semua ini adalah satu pendustaan."

Cetak  
Wallahu a'lam