SDI 1173: Siapakah Ahli Kitab

Soalan:
Siapakah yang dimksudkan dengan ahli kitab yg halal kita memakan sembelihan mefeka?

Jawapan:

Ada perbezaan pendapat di kalangan ulama. Namun pandangan yg lebih kuat ialah Ahli Kitab adalah sesiapa yg beragama dgn agama Yahudi dan Kristian, tanpa mengira apapun bangsa mereka.

Sekalipun nabi Musa dan 'Isa AS diutuskan khas utk bangsa Bani Israil, ia tidak menafikan adanya bangsa lain yg menganut agama yang dibawa oleh kedua-dua nabi tersebut. Antara bukti yang dapat disertakan iaitulah wujudnya bangsa Qibti Mesir yg beriman kpd nabi Musa. Demikian juga ahli sihir fir'aun telah beriman kpd nabi Musa spt yg dinyatakan di dlm alQuran. Allah SWT berfirman:

قَالُوا آمَنَّا بِرَبِّ الْعَالَمِينَ * رَبِّ مُوسَى وَهَارُونَ

Maksudnya: "mereka berkata (ahli sihir fir'aun) kami beriman kpd tuhan sekelian alam, tuhan kpd Musa dan Harun." (alA'raf: 122).

Selain itu isteri fir'aun juga telah beriman kpd Nabi Musa. Allah berfirman:

وَضَرَبَ اللَّهُ مَثَلاً لِلَّذِينَ آمَنُوا امْرَأَتَ فِرْعَوْنَ إِذْ قَالَتْ رَبِّ ابْنِ لِي عِنْدَكَ بَيْتاً فِي الْجَنَّةِ وَنَجِّنِي مِنْ فِرْعَوْنَ وَعَمَلِهِ وَنَجِّنِي مِنَ الْقَوْمِ الظَّالِمِينَ

Maksudnya: "Dan Allah membuat contoh perumpamaan kpd org2 yg beriman, dgn isteri fir'aun ketika dia berkata: "tuhanku binakan utk daku sebuah rumah di dlm syurga, selamatkan daku dr fir'aun dan perbuatannya dan selamatkan daku dari kaum yg zalim" (alTahrim: 11)

Dalam surah Ghafir: 28 pula Allah SWT berfirman:

وَقَالَ رَجُلٌ مُؤْمِنٌ مِنْ آلِ فِرْعَوْنَ يَكْتُمُ إِيمَانَهُ أَتَقْتُلُونَ رَجُلاً أَنْ يَقُولَ رَبِّيَ اللَّهُ

Maksudnya: "dan berkata seorg lelaki yg beriman dr kalangan bangsa fir'aun yg menyembunyikan imannya: apakah kamu semua hendak membunuh seorg lelaki (nabi Musa) yg berkata tuhanku adalah Allah?"

Demikian juga hadis menyatakan tukang sikat rambut (Masyitah) puteri fir'aun dan anak2nya beriman kpd Allah SAW dan nabi Musa.

Apapun bangsa mereka, apabila mereka telah beriman kpd Nabi Musa atau Isa di zaman kedua2nya, maka mereka akan melaksanakan apa-apa ajaran yang dilaksanakan oleh pengikut nabi Musa dan Isa dari kalangan bangsa Bani Israil. Oleh itu sesiapa sahaja yg berakidah dgn akidah Yahudi dan Kristian, maka mereka termasuk dlm kalangan ahli kitab tanpa melihat kpd bangsa mereka. Halal sembelihan mereka dimakan oleh umat Islam.

Di dlm tafsir alBaghawi dinyatakan:

'Uthman telah berkahwin dgn seorg wanita bernama Na-ilah binti Furafishah نائلة بنت فرافصة seorg kristian berasal dr bangsa Arab, bukan dr bangsa Bani Israil, setelah itu memeluk Islam. Demikian juga Talhah bin 'Ubaidillah telah berkahwin dgn seorg wanita Kristian, Huzaifah juga berkahwin dgn seorg wanita Yahudi sehingga menyebabkan 'Umar bin alKhattab RA menulis surat kepada beliau berkata:

خَلِّ سَبِيلَهَا, فَكَتَبَ إِلَيْهِ أَتَزْعُمُ أَنَّهَا حَرَامٌ؟ فَقَالَ: لَا أَزْعُمُ أَنَّهَا حَرَامٌ، وَلَكِنِّي أَخَافُ أَنْ تَعَاطَوُا الْمُومِسَاتِ مِنْهُنَّ

Maksudnya: "lepaskan wanita Yahudi tersebut (ceraikannya)." Lalu Huzaifah membalas surat 'Umar dgn berkata: "apakah kamu hendak mengatakan ia haram." Jawab 'Umar RA: "aku tidak mengatakan ia haram, akan tetapi aku bimbang kamu semua akan mengambil wanita2 jahat dr kalangan mereka."


Cetak  
Wallahu a'lam