'Aisyah RA Ibu Kepada Mereka Yang Beriman

'Aisyah RA Ibu Kepada Mereka Yang Beriman

Sayyidatuna Aisyah RA tidak melahirkan zuriat untuk Nabi SAW. Demikian juga tiada riwayat dalam kitab-kitab Sunan menunjukkan Aisyah RA pernah berkata: "Wahai Wahai Rasulullah, berdoalah kepada Allah untuk mengurniakan zuriat kepadaku!"

Nabi SAW wafat ketika 'Aisyah RA berumur 18 tahun dan beliau wafat 47 tahun selepas itu, dalam bulan Ramadan tahun 58H. Nabi SAW sangat menyayangi beliau. Beliau salah seorang ibu kepada orang-orang beriman.

Pernah seorang lelaki mencela beliau. Ketika ditanya kepada lelaki tersebut: "Bukankah 'Aisyah itu ibumu?", Lelaki itu menjawab: "Dia bukan ibuku."

Apabila perkara itu sampai kepada' Aisyah RA, lalu beliau berkata:

إِنَّمَا أَنَا أُمُّ الْمُؤْمِنِينَ، وَأَمَّا الْكَافِرِينَ فَلَسْتُ لَهُمْ بِأُمٍّ

Maksudnya: "(Benar) Daku hanyalah ibu kepada mereka yang beriman, Adapun mereka yang kafir, daku bukanlah ibu mereka." (Ismail alTaimi alAsbahani W535H dalam alHujjah Fi Bayan alMahajjah 2/402)


Cetak  
Wallahu a'lam