SDI 1081: Tentang Para Nabi AS

Soalan:

Ust boleh sebutkan tertib para nabi dan rasul? atau apa2 maklumat berkaitan mereka.

Jawapan:

Saya sebutkan secara ringkas di sini.

1. Allah SWT tidak menceritakan kpd kita tentang kesemua nabi dan rasul yg diutuskanNya. Hanya sebahagian shj diceritakan. Kenyataan ini terdapat di dlm alQuran dalam surah Ghafir ayat 78.

2. Sebahagian nabi dan rasul yg disebut dlm alQuran itu ada 25 org. Dlm.surah alAn'am disebut 18 nama mereka sekaligus. Iaitulah pd ayat 83 hingga 86 dr surah alAn'am. Firman Allah SWT:

وَتِلْكَ حُجَّتُنَا آتَيْنَاهَا إِبْرَاهِيمَ عَلَى قَوْمِهِ نَرْفَعُ دَرَجَاتٍ مَنْ نَشَاءُ إِنَّ رَبَّكَ حَكِيمٌ عَلِيمٌ ، وَوَهَبْنَا لَهُ إِسْحَاقَ وَيَعْقُوبَ كُلًّا هَدَيْنَا وَنُوحًا هَدَيْنَا مِنْ قَبْلُ وَمِنْ ذُرِّيَّتِهِ دَاوُودَ وَسُلَيْمَانَ وَأَيُّوبَ وَيُوسُفَ وَمُوسَى وَهَارُونَ وَكَذَلِكَ نَجْزِي الْمُحْسِنِينَ ، وَزَكَرِيَّا وَيَحْيَى وَعِيسَى وَإِلْيَاسَ كُلٌّ مِنَ الصَّالِحِينَ ، وَإِسْمَاعِيلَ وَالْيَسَعَ وَيُونُسَ وَلُوطًا وَكُلًّا فَضَّلْنَا عَلَى الْعَالَمِينَ

18 mereka ialah: Ibrahim, Ishak, Yaakub, Nuh, Daud, Sulaiman, Ayyub, Yusuf, Musa, Harun, Zakaria, Yahya, Isa, Ilyas, Ismail, alYasa', Yunus dan; Luth.

Manakala baki 7 org lagi iaitulah: Adam, Hud, Soleh, Syu'aib, Idris, Zul Kifli, dan;
Muhammad SWS 'alaihim ajma'ien di sebut bukan pada ayat atau kisah yg sama.

3. Dlm hadis yg Sahih ada menyebut ttg seorg yg bernama Khadir atau Khidir. Para ulama berbeza pandangan ttg Khadir, adakah beliau seorg nabi atau seorg wali. Demikian juga berkaitan Yusa' bin Nun yg menggantikan Nabi Musa dan membuka Baitul Maqdis.

4. Dari sudut tertiban, berdasarkan kesimpulan yg disebut oleh para ulama adalah spt berikut:

Yg pertama adlah Nabi Adam AS. Dlm hadis Abi Umamah RA seorg lelaki pernah bertanya kpd Nabi SAW: "Wahai Rasulullah, apakah Adam itu seorg nabi?" Baginda menjawab: "Ya, seorg yg diberi ilmu dan yg dijadikan berkata2 (dgn Allah SWT)." tanya org itu lagi: "berapa jarak antara baginda dgn Nuh?" Jawab Nabi SAW: "10 kurun" Org ramai bertanya: "Wahai Rasulullah, berapa ramai para rasul yg telah diutuskan?" Baginda menjawab: "315 dalam jumlah yg amat ramai." (HR alHakim di dlm alMustadrak 2/262 dan berkata: "Hadis ini Sahih berdasarkan syarat Muslim" dan dipersetujui alZahabi. Dinilai sahih juga oleh alAlbani dlm alSilsilah alSahihah 7/582)

Namun sbhgian ulama lain ada yg menilai hadis ini sebagai lemah. Mereka berpendapat tidak diketahui bilangan Nabinyg diutuskan Allah kpd manusia, di samping riwayat ini tidak sahih di sisi sbhgian ulama, ia juga saling bertentangan dgn hadis2 lain yg juga lemah yg ada menyebut jumlah yg berbeza. Yg penting jumlah para nabi yg diutuskan oleh Allah adalah begitu ramai sekali.

Ada juga ulama yg berpandangan selepas Adam AS, anak baginda Syith شيث menjadi Nabi. Ibn Kathir ada menyebut di dlm kitab Tafsirnya, slps kewafatan Nabi Adam AS, baginda diganti oleh anak baginda bernama Syith شيث. Ada hadis yg menyatakan hal ini. Iaitulah yg diriwayatkan oleh Ibn Hibban di dlm Sahihnya drpd Abi Zarr secara marfu' bahawa:

أنه أنزل عليه خمسون صحيفة

Maksudnya: "Telah diturunkan kpd baginda Syith 50 sahifah." (alBidayah wa alNihayah 1/232)

Namun hadis ini dinilai lemah oleh alAlbani di dlm alTa'liqaat alHassan 1/387)

Idris AS. Kata Ibn Kathir: baginda adalah manusia pertama yg dikurniakan kenabian slps Adam dan Syith AS. (alBidayah 1/234)

Sbhgian ulama lain beranggapan Nuh terlebih dahulu sbkm Idris.

Nuh AS. Setelah baginda Nabi Daud dan Sulaiman AS berdasarkan ayat alQuran: ومن ذريته (alAn'aam 84-89), dimana gantinama pd ذريته merujuk kpd Nuh iaitulah dr zuriat Nabi Nuh itu pula Daud dan Sulaiman. Inilah pilihan Ibn Jarir. (Tafsir Ibn Kathir 3/298)

Hud AS, berdasarkan pernyataan alQuran bahawa kaum Nabi Hud adalah 'Aad. Di mana kaum 'Aad datang setelah kaum nabi Nuh. Allah merakamkan perkataan Hud kpd kaum baginda, firman Allah:

"...di mana Dia (Allah) menjadikan kamu pengganti slps kaum Nuh dan Dia (Allah) menambahkan kekuatan dlnpenciptaan kamu semua..." (alA'raf 65-69)

Soleh AS. alQuran menyatakan kaum Nabi Soleh adalah Thamud. Maka kaum Thamud datang slps kaum nabi Hud AS. alA'raf: 73-74

Ibrahim. alQuran dlm surah alAnkabut 26-27 menyatakan baginda sezaman dgn Nabi Luth.

Tak lama slps nabi Luth, nabi Syu'aib AS. Kata Ibn Kathir: وكانوا بعدهم بمدة قريبة "mereka (kaum nabi Syu'aib) slps kaum nabi Luth pd tempuh yg dekat." (alBidayah alNihayah 1/427)

Selepas Nabi Ibrahim, nabi Ismail, Ishak dan Yaakub AS. (alBaqarah: 133)

Slps Yaakub diutuskan nabi Yusuf yg menurupakan anak baginda sendiri. (Ghafir: 46)

Ayyub AS. Kata Ibn Kathir: "dan yg sahih baginda dari keturunan al'Ish bin Ishak العيص بن اسحاق suami kpd wanita bernama Liya binti Yaakub ليا بنت يعقوب ada yg kata namanya Rahmah binti Afra-aim bin Yusuf bin Yaakub رحمة بنت أفرائيم pandangan ini yg lebih masyhur, krn itu kami menyebutnya, iaitulah baginda selepas nabi Yusuf AS." (alBidayah 1/506)

Zul Kifli AS. Tiada kisah lain ttg baginda di dlm alQuran melainkan nama baginda disebut sebaris dgn nama para nabi lain iaitulah dlm surah alAnbiya' 83-85 dan Sad 45-48. Ada dakwaan mengatakan baginda adalah anak nabi Ayyub AS. (alBidayah wa alNihayah 1/516).

Yunus (alSoffat 139). Tidak dapat dipastikan bila zaman baginda. Ibn Kathir menyebut nama baginda dlm Qasas alAnbiya slps nabi Musa AS kerana Allah telah menyebut kaumnya dlm bentuk penafian dr dikenakan azab yg merata disebabkan pengisytiharan keimanan mereka dlm surah Yunus: 98.

Ini kerana slps zaman nabi Musa AS disyariatkan jihad, maka diangkat azab yg dikenakan secara meluas. Kata Syeikh alIslam Ibn Taimiyyah RH:

"Suatu yg diketahui di sisi ulama bahawa slps turunnya Taurat, Allah tidak membinasakan org2 yg mendustai para rasul dgn azab dr langit yg mengenai kesemua mereka sptmana Allah telah binasakan kaum Nuh, 'Aad, Thamud, kaum Luth, firaun dan lainnya. Bahkan Allah memerintahkan org2 yg beriman melaksanakan jihad menentang mereka yg kuffar sptmana Allah telah memerintahkan Bani Israil melalui lidah nabi Musa AS agar memerangi alJababirah" (alJawab alSahih 2/251)

Kata Ibn Kathir:

وقوله: من بعد ما أهلكنا القرون الأولى يعني أنه بعد إنزال التوراة لم يعذب أمة بعامة بل أمر المؤمنين أن يقاتلوا أعداء الله من المشركين

Maksudnya: "dan firman Allah: dan setelah kami binasakan umat2 yg terdahulu." iaitulah setelah diturunkan taurat, kami tidak mengazab lagi umat keseluruhannya, bahkan Allah memerintahkan org2 yg beriman memerangi para musuh Allah dr kalangan org2 musyrikin." (Tafsir Ibn Kathir 6/239)

Nabi Musa dan adik baginda Nabi Harun AS, alFurqan 35-36, alMukminun 45-46.

Sezaman dgn mereka pula Nabi Khidir atau Khadir AS berdasarkan pandangan sbhgian ulama yg mengatakan Khadir adalah seorg Nabi. Dlm surah alKahfi menyebut pertemuan nabi Musa dgn baginda.


Cetak  
Wallahu a'lam