Mereka Ikutan Kita

Mereka Ikutan Kita:

Ummu Kalthum binti 'Uqbah bin Abi Mu'aith alUmawiyyah أم كلثوم بنت عقبة بن أبي معيط الأمويّة

Adik-beradik alWalid bin 'Uqbah. Ibu mereka berdua ialah Arwa أروى binti Kuraiz bin Rabi'ah bin Hubaib bin 'Abd Syams, ibu kpd 'Uthman.

Ummu Kalthum termasuk yg awal memeluk Islam, berbai'ah dan berhijrah ke Madinah berjalan kaki. Ketika itu dua org saudara lelakinya 'Umarah dan alWalid mengekorinya utk dibawa pulang semula ke Mekah. Namun beliau tetap memilih tinggal di Madinah memelihara imannya dgn Nabi SAW. (alIsabah)

Ibn Ishak di dlm kitab Maghazinya menyatakan Ummu Kalthum keluar berhijrah ke Madinah pd tahun Hudaibiah. Ketika itu beliau belum berkahwin. Apabila sampai di Madinah beliau dikahwini oleh Zaid bin Harithah, stlh Zaid terbunuh, beliau dikahwini alZubair bin al'Awwam. Bersama alZubair dikurniakan anak bernama Zainab. Stlh itu alZubair menceraikannya dan beliau dikahwini 'Abd alRahman bin 'Auf dan dikurniakan anak bernama Ibrahim dan Humaid. Stlh 'Abd alRahman bin 'Auf meninggal, beliau dikahwini 'Amr bin al'Ash, beliau hidup bersama 'Amr selama sebulan kemudian meninggal dunia RHa.

Kedua2 anaknya Ibrahim dan Humaid meriwayatkan hadis drpdnya. Hadis drpd Ummu Kalthum terdapat di dlm Sahih alBukhari dan Muslim, demikian juga di dlm tiga kitab Sunan. Beliau berkata: "Aku tidak pernah mendengar Nabi SAW mengharuskan menipu melainkan dlm tiga perkara..."

Ibn Mandah meriwayatkan bahawa 'Umar pernah bertanya kpd Ummu Kalthum:

أقال لك رسول الله صلى الله عليه وسلم: أنكحي سيد المسلمين عبد الرحمن بن عوف؟

Maksudnya: "Apakah Rasulullah SAW pernah katakan kpdmu: Kahwinilah penghulu org Islam, Abd alRahman bin 'Auf?" Beliau menjawab: "Ya."

Kata Ibn Sa'ad: "Beliau adlh wanita pertama yg berhijrah ke madinah slpd hijrahnya Nabi SAW. Tidak kami ketahui seorg wanita quraisyh yg masih hidup dua ibu-bapanya, wanita itu beriman dan tetap keluar berhijrah kpd Allah dan Rasul melainkan Ummu Kalthum. Beliau keluar dr Mekah seorg diri, kemudian ditemani dua lelaki dr Khuza'ah sehingga beliau sampai di alHudnah. Dua saudara lelakinya mengekorinya dan mereka sampai di Madinah setelah dua hari beliau tiba di Madinah. Kedua2 mereka berkata: "Wahai Muhammad. Syarat kita, hendaklah kamu penuhinya. (يا محمد شرطنا، أوف به). Kata Ummu Kalthum: "Wahai Rasulullah, daku seorg wanita, dan keadaan kami (para wanita) adlh lemah. Aku bimbang mereka akan menfitnah (mendatangkan keburukan) kpd agamaku dan aku tidak mampu bersabar."


Cetak  
Wallahu a'lam