Katalah INSYAALLAH

Tazkirah Jumlah paparan: 174

Kata seorang lelaki kepada isterinya: "aku akan beli seekor kaldai di pasar esok hari."

Kata siisteri: "Sebutlah, InsyaAllah."

Suami: "kenapa pula? Sedangkan wang telah ada di dalam poketku, kaldai pula telah tersedia di pasar."

Keesokan harinya...

Ketika dalam perjalanan ke pasar, sisuami singgah di sebuah telaga dan menjenguk ke dalamnya. Tiba-tiba wang dari poket bajunya menggelunsur keluar dan jatuh ke dalam telaga. Dia segera membuka bajunya, dan turun ke dalam telaga untuk mengambil semula wang yang jatuh. Malangnya dia tidak menemuinya. Sedang dia berputus asa dari menjumpai wangnya semula, tanpa disedarinya datang seorang perompak lalu merompak baju yang diletakkannya di tebing telaga.

Pulanglah sisuamj ke rumahnya berjalan kaki bukan menaiki kaldai dan dalam keadaan tidak berbaju. Dia mengetuk pintu rumahnya. Siisteri yang berada di dalam rumah tidak mengetahui siapa yang mengetuk pintu, lalu bertanya: "siapa?"

Jawab sisuami: "Aku, bukalah pintu ini INSYAALLAH."

---------

Firman Allah SWT:

وَلَا تَقُولَنَّ لِشَيْءٍ إِنِّي فَاعِلٌ ذَلِكَ غَدًا ( 23 ) إِلَّا أَنْ يَشَاءَ اللَّهُ وَاذْكُرْ رَبَّكَ إِذَا نَسِيتَ وَقُلْ عَسَى أَنْ يَهْدِيَنِ رَبِّي لِأَقْرَبَ مِنْ هَذَا رَشَدًا ( 24)

Maksudnya: "( 23 ) Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan): "Bahawa aku akan lakukan yang demikian itu, kemudian nanti. ( 24 ) Melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata): "Insya Allah". Dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa; dan katakanlah: "Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini". (AlKahfi: 23-24)

Cetak
Wallahu a'lam