Wahai Amirul Mukminin, Engkau Sendiri Seorg Yg Amanah

Ketikamana dibawakan kpd 'Umar mahkota Kisra dan perhiasan kemegahannya, 'Umar membalik-balikkannya dgn tongkat beliau seraya berkata:

"Demi Allah, sesungguhnya org yg menyerahkan semua ini kpd kita benar2 seorg yg amanah."

Kata 'Ali bin Abi Talib: "Wahai Amirul Mukminin, kamu sendiri seorg yg amanah. Sesungguhnya engkau sendiri tidak tamakkan sesuatu yg bukan milikmu, maka rakyat kamu juga sedemikian. Jika sekiranya kamu tamak, maka sudah tentu rakyat kamu juga sedemikian."

Jawab 'Umar: "benar katamu."

(Lihat: alKamil fi alTarikh 2/362, alBidayah wa alNihayah 7/78 dan 'Uyun alAkhbar oleh Ibn Qutaibah 1/115)


Cetak  
Wallahu a'lam