Aku Mati Kerana Kalimah Lailaha Illallah

Aku mati kerana kalimah LA ILAHA ILLALLAH, sedangkan kamu mencari makan dgn kalimah LA ILAHA ILLALLAH.

- ungkapan Syed Qutb kpd seorg syeikh alAzhar yg datang utk mengajar beliau mengucapkan syahadah sebelum dihukum bunuh secara zalim -

Wallahu a'lam

Allah merahmati seseorang yang sedar kedudukan dirinya

'Umar bin 'Abdil 'Aziz mendapat tahu puteranya telah membeli sebentuk cincin dgn harga 1000 wang dinar emas. Lalu beliau menulis surat kpd puteranya itu:

"Jualkan cincin tersebut dan berilah makan kpd 1000 org yg lapar. Pakailah sahaja cincin besi di jarimu itu dan ukirkan padanya:

رحم الله امرأ عرف قدر نفسه

Maksudnya: "Allah merahmati seseorang yang sedar kedudukan dirinya."

Wallahu a'lam

Hari raya 'Ied al-Fitri hanyalah pada 1 Syawal.

Hari raya 'Ied al-Fitri hanyalah pada 1 Syawal.
Namun tetap bergembira dan berpakaian cantik selepasnya yang terdiri dari maksud beraya adalah suatu yang HARUS. Dalam masa yang sama tidak boleh melakukan lagi apa-apa acara yang dijadikan ibadah dalam beraya terdiri dari solat sunat hari raya dan pengharaman puasa.

Perkara ini sebenarnya bukti lemahnya pandangan yang mengatakan tidak boleh mewujudkan perayaan selain 'Ied alFitri dan alAdha, selagi ia hanya sekadar bergembira, menyegarkan ingatan dan mengambil pengajaran.

Wallahu a'lam